Monday, May 13, 2013

Tak Cukup Lagikah Mau Pegang Kuasa - Jawaban Pengundi Cina

Fokus rakyat kini diheret bersama secara terarah selepas PRU13, dengan mempolimekkan tsunami undi Cina dalam pilihan tetap mereka daripada  berterusan selama ini kepada Bn kini beralih kepada PR pula. Kedua, adalah peranan SPR yang didakwa mencuri kemenangan daripada tangan PR. Yang mengundang protes spontan ketua Pembangkang DSAI dengan adakah Himpunan Black 505 baru-baru ini. Tujuannya adalah bagi menyatakan  bantahan umum terhadap 'sikap' SPR dalam memainkan peranan sebagai institusi pelaksana proses pilihanraya di negara ini.

Kejutan undi Cina yang lakukan lonjakan saujana secara mendadak menghadiahkan banyak kerusi kepada PR mengundang masalah besar kepada kerajaan yang sedia ada yang mana dilabelkan sebagai kerajaan yang mencuri kemenangan rakyat . Kekurangan kerusi Bn secara ketara kepada 133 daripada 222 telah meruntun jiwa pemimpin mereka. Rata-rata kawasan yg diwakili oleh calon Cina- samaada MCA dan Gerakan kalah teruk dan jatuh merudum prestasi daripada sebelumnya.

Cerminan kekalahan ini jelas kerana kawasan campuran pengundi Melayu Cina India sejak 1959 tidak lagi dapat menjamin atau memihak lagi kepada kerajaan yg memerintah. Kaum Cina dipersalahkan secara membabi buta. Walhal secara sedar atau tidak UmnoBN sudah makan atau telah menuai hasil 'sokongan' masyarakat Cina sampai ke PRU11. Dari segi pengiraannya adalah selama 55 tahun Cina undi dan beri UmnoBn perintah.

Persoalannya Tak Cukup Lagikah UmnoBn mahu pegang kuasa. Jangan persalahkan masyarakat Cina, Umno kena salahkan diri mereka sendiri ? Pembaca sendiri ada banyak pilihan jawapan yang mana penulis tidak perlu perturunkan.

Kini, pengundi Cina 'cepat sedar' dan 'celik' maklumat, Masyarakat Cina adalah masyarakat yang terbuka, sejarah China sendiri membuktikan sedemikian rupa.

Jika diukur pencapaian, sejak merdeka sehingga kini hampir 60 tahun. KPI kerajaan Malaysia capai atau tidak apa yang disasarkan. Dalam menyaingi negara-negara jiran dari segi ekonomipun kita alah.

Jika kakitangan kerajaan dan macam-macam kerajaan 'kerah dan perah' tenaga mereka. Masing-masing siap dengan "Kad Laporan' yang perlu dicapai, diawasi dengan ketat oleh ketua jabatan.

Maka siapa yang pegang Kad Laporan Kerajaan Malaysia. Jawapannya adalah rakyat. Adakah kerajaan marah rakyatnya lebih cerdik daripada diri dia sendiri ?




1 comment:

Unknown said...

DAP berkuasa dalam pakatan. agama dan bangsa takkan terbela di bawah pakatan. anwar hanya kemaruk kuasa nak jadi PM.