Tuesday, May 21, 2013

Ahli Politik bukan setakat urus kelola negara, tetapi juga emosi dikawal sama - Rakyat

Menilai kematangan berpolitik, tidak kira siapa pun dia, ahli-ahli politik sepatutnya menjadi suri teladan yang baik kepada rakyat. Walaupun ahli politik berkenaan tidak baik, biarlah ia nampak baik di sisi atau mata masyarakat.

Berbalas-balas kenyataan seperti kebudak-budakkan kita akan ditertawakan orang. Ahli politik kena pandai mengurus dan mengawal emosinya. Itulah tanda krediabiliti atau ketokohannya. Jika emosinya terganggu dengan sekali provokasi sahaja, maka ahli politik berkenaan sama taraf dengan MB Pahang, kes isyarat lucah semasa pilihanraya kecil Sanggang sikit masa dulu.

Rakyat negara ini, tidak mahu ahli politik yang 'lemah emosi dan jiwanya'. Jika tuan sudah dipilih dan terpilih menjadi ahli politik harungilah dengan sebaik-baiknya, dan menjadi baiklah kepada yang tidak baik. Bunyinya sukar, tetapi itulah hakikat dalam berpolitik. 


'Malaysia bukan bapa Anwar punya'

Oleh NOR IDAYU BOSRO
Ahmad Zahid ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya.
Dalam nada marah, Ahmad Zahid menegaskan bahawa negara ini juga bukan milik Anwar.
"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.
"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang membidas artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu yang bertajuk Perhimpunan Haram Sebab Tak Terima Hakikat Gagal Kuasai Putrajaya.

 

No comments: