Tuesday, April 02, 2013

Pandangan Sisi & Andaian Yang Menyasar dan Sinis Bagi PAS

Tidak ada perkara yang PAS tidak usahakan atau dalam lain perkataan 'mencuba'. Terkini  adalah PAS bermaufakat secara sepakat dengan PKR dan DAP. Ini adalah semuanya rencah mencah politik penyesuaian dalam negara ini.

Semuanya dibuat bagi menyasarkan perjuangan Islamnya itu diterima rakyat teramai, itulah usaha politik dan dalam masa yang sama usaha dakwah PAS dalam negara ini.

Maka kini Umno seteru politiknya Umno memandang sinis, sebanyak mana yang PAS usahakan, maka sebanyak itulah PAS dipersalahkan, situasi ini ibarat seorang pengembara bersama anaknya dengan seekor keldai mendenai kampung ke kampung dalam menjalankan misi dakwah mereka. Satu persatu penduduk kampung yang dilalui terus mempersoalkan tata laku atau kelakuan kedua beranak ini buat bersama binatang yang dikenderai oleh mereka.



PRU-13: Pas dijangka hilang undi luar biasa

KUALA LUMPUR 2 April - Pas dijangka kehilangan undi luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ekoran tindakan parti itu terlalu mengikut telunjuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, parti itu kini berdepan dengan ahli-ahli dan para pengundinya yang sangat kecewa dan marah.

Menurut beliau, parti itu sudah jauh menyimpang dan tersasar daripada matlamat asal yang menyebabkan para pengikutnya mula beralih arah dengan menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) secara senyap.

Katanya, kerjasama Pas dengan DAP juga tidak disenangi kerana parti itu dianggap telah melacurkan agama Islam dan kepentingan Melayu.

"Pas kini dilihat gagal mempertahankan kesucian agama Islam dan umat Melayu sehingga para ulama turut mengecam parti itu pada waktu ini.

"Para pengundi dan ahli tegar Pas telah melihat parti itu hanya menjadi alat mencapai kemenangan PRU 13 pakatan pembangkang dan hanya mengikut telunjuk DAP dan PKR," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Tambah Dr. Mohamed Mustafa, Pas perlu mengkaji semula kedudukan mereka sebagai parti bertunjangkan Islam dan Melayu sekiranya tidak mahu tewas pada PRU-13.
Katanya, Pas kini dilihat sudah terjebak jauh dan terlanjur oleh kalangan pengundinya dengan menyertai pakatan pembangkang yang jelas membinasakan parti itu. - UTUSAN ONLINE

No comments: