Sunday, January 20, 2013

Najib Merapu Lagi di Kelantan Hari ini ?

Seronok juga tengok Buliten TV3, PM 1Malaysia ke Kelantan hari ini, dilaporkan macam biasa beliau janjikan 10 Projek 1Malaysia 1Kelantan bahawa Bn akan tunaikan janji dengan syarat rakyat dahulu tunaikan untuk menangkan Bn di Kelantan.

Dilihat dari segi ramainya manusia Kelantan yang 'mengerumni' PM 1Malaysia, Kelantan 'bakal' tumbang kali ini.

Kali ini dia ajak para ulama Umno sama-sama pakat jatuhkan kerajaan Kelantan. Itu tidak kisahlah sebab dalam kerajaan 1Malaysia, mana ada halal haram dalam politik dan berpolitik. 

Ikut dialah, masing-masing ada otak, ada ilmu fikirlah...



Ulama, Umarak Bantu BN Rampas Kelantan - PM
KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kepimpinan negeri Kelantan turut melibatkan tokoh agama seperti golongan ulama dan umarak.
Beliau berkata tokoh agama ini merupakan pejuang mewakili suara masyarakat Kelantan yang sentiasa dahagakan perubahan tanpa mengetepikan pegangan agama.
"Kalau ingin melihat perubahan, inilah kumpulan yang akan mencipta sejarah. Perjuangan kita melibatkan gandingan baharu pemimpin-pemimpin bertaraf ulama dan umarak (pemimpin).
"Ulama-ulama ini yang tidak main politik. Mereka ini juruh (baik dan bagus), Insya-Allah mereka akan bersama-sama dengan kita. Inilah yang menjadi pegangan saya," katanya pada majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan termasuk pemimpin sekolah pondok di sini.
Terdahulu perdana menteri mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan kira-kira dua jam.
Najib berharap perjuangan ulama dan umarak akan sentiasa diteruskan serta disokong pelbagai pihak dalam usaha mencapai matlamat yang dirancang.
"Teruskan usaha kita dengan ceramah-ceramah yang dibuat oleh golongan ulama muda mahu pun tua, dan guru pondok. Ini akan membantu kita dalam memberi penjelasan bahawa BN berada di atas landasan yang benar," katanya.
Jelas Najib, Kelantan merupakan negeri pertama yang dimasukkan dalam manifesto BN dan manifesto itu akan dilaksanakan dan dibuktikan kerana janji kerajaan pusat sentiasa ditepati.
Perdana menteri hari ini mengumumkan tujuh projek besar antara sebahagian manifesto BN yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek itu merangkumi pembinaan lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan masjid terbesar dan pembinaan perumahan rakyat peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. BERNAMA

1 comment:

XUMNO said...

Muhyidin datang Kelatan janji nak dalamkan Sg Golok; Najib lagi hebat. Kalau boleh dia janji nak longgok emas di Kota Bahru.Poooraah, jambatan Sultan Ismail 2 dah 10 tahun tak siap2.Kalau dicatatkan janji2 Umno kat Kelantan dari dulu sampai la ni, munkin boleh penuh satu perpustakaan.Perpustakaan tu kena bagi nama "Aouta2 Umno".