Monday, December 10, 2012

Antara Rakyat Malaysia masih beruntung kah dengan adanya SPR ?

Rusuhan rakyat di Bangladesah yang marahkan kepada agensi yang mengendalikan pilihanraya di negara berkenaan mencetuskan tindakan terburuk di negara berkenaan. Rakyat yang mahukan ketelusan dan keadilaan daripada agensi kerajaan itu beryindak membuat protes dijalanraya dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa. Dilaporkan lebih 100 buah kenderaan telah dibakar. Dan protes berkenaan sedang berjalan kini.

Maka, bagi negara kita telalulah amat beruntung kerana rakyat masih dapat mengawal perasaan dan emosi mereka. Rata-rata memiliki pertimbangan akal yang waras.Rakyat negara ini mampu lagi mengawal kemarahan mereka.

Semua pihak ada peranan masing-masing khas dan terutamanya pimpinan atau pemimpin sesebuah parti politik dalam hal ini mampu mengawal para penyokong mereka. 

Kita, tidak mahu insiden berdarah di Gombak baru-baru ini antara penyokong PR dan Umno Bn berulang. Ini adalah tindakan berlebih-lebihan pemimpin pertengahan dengan pemimpin atasan menyalakan api kemarahan atau semangat kemarahan itu ditiup baru-baru ini dalam PAU ke 66 Umno.




Marah boleh diubati, perpecahan mampu dielakkan

CUBA renungkan kembali, bilakah kali terakhir kita marah? Mampukah marah ditahan dan bersabar ketika ia sedang membuak-buak? Berapa banyak kata-kata keji dan kesat yang dihamburkan disebabkan perasaan marah? Berapa banyak hati yang terluka kerana nafsu amarah kita?

Marah adalah bara yang dilemparkan ke dalam hati anak Adam sehingga ia mudah beremosi, perasaannya membara, urat saraf akan menegang dan kadang-kadang ungkapan serta tindakannya tidak masuk akal.

Jabir r.a berkata, "Kami pernah berjalan bersama Nabi SAW pada satu peperangan, dan ada seorang lelaki berada di atas untanya. Unta orang Ansar itu berjalan lambat kemudian dia memaki untanya. 'Berjalanlah semoga Allah melaknatmu.' Rasulullah SAW bersabda kepada orang tersebut, 'Turunlah engkau daripada unta tersebut. Engkau jangan menyertai kami dengan sesuatu yang telah dilaknat'.
...

A

No comments: