Monday, November 19, 2012

Ke mana cerdikpandai agama dalam Umno, jangan berikan cerdik bebal agama dalam Utusan menafsir agamanya ?

Selepas empat dan lima hari menunggu, ibarat menanti buah yang gugur. Hari inilah baru Utusan mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Macam biasa, apa yang mahu dipromokan keopada rakyat adalah sekitar apa sahaja ungkapan yang datang daripada TGNA dan TGHH pasti kedua-dua kenyataan akan diisukan 

Ibarat anak kecil yang suka mengadu ke sana ke mari itulah gelagat kebudak-budakan Utusan. Walhal  dalam apa keadaan sekalipun, bagi orang Islam dan Melayu Islam faham, apakah kedudukan manusia sisi Allah jika 'ada perasaan was-was' terhadap agama Islam yang dianutinya.

Jangan ingatkan semua tindak ikut dalam kehidupan kita terlepas daripada garis-garis agama. ketelitian dan kehalusan dalam agama adalah perlu dicermatkan. Perjuangan hidup dan tatacara kehidupan kita adalah terpandu dan dipandu.

bahaslah secara ilmiah, ke mana cerdik pandai agama. janganlah dibiarkan cerdik bebal dalam utusan menilai agama bagi diri kita.

Nik Aziz dakwa UMNO murtad

Nik Abdul Aziz Nik Mat bercakap kepada pemberita pada Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.


1 comment:

Pelatuk said...


Kalau begitu siapa yang benar-benar bersaubahat dengan DAP!!
Kalau isu Nurul Izzah pun PAS tak mahu kutuk dan hentam, apakah PAS benar-benar memperjuangankan Islam. Siapa yg mengajar kita mendoakan sesama agama untuk menuju kemusnahan. Nabi Muhammad pun tak pernah berbuat demikian rupa, sehinggakan di Padang Masyhar nantipun Nabi sentiasa memohon rahmat kepada ALLAH untuk menyelamatkan umatnya (tanpa mengira parti)!!
A`uzubillah, semuga kita umat Islam mati dalam IMAN bukan dalam parti.