Sunday, August 19, 2012

PR: Perjuangan rakyat insyallah bakal diterima rakyat

Dalam keghairahan Umno mahukan Hudud, dan semasa yg sama terus menerus memperlekehkan PAS. Ketua Pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim meneruskan ikrar beliau buat kali kedua bahawa jika PR gagal menawan Putrajaya maka beliau akan bersara terus daripada politik.

Pelbagai pihak cuba menafsir akan signal daripada Ketua Umum PKR ini. Bagi rakyat inilah masa perubahan yg paling sesuai yang rakyat perlu lakukan, dan kesediaan serta kesungguh DSAI menawarkan diri bagi menerajui perubahan itu wajar disambut dengan sesungguh-sungguhnya oleh rakyat.

janganlah rakyat sesali masa yg mereka lepaskan jika masih terus kekalkan UmnoBn. Jangan aada lagi rungutan keluhaan bilamana harga minyak dan segela-gala yang dinaikkan selepas ini nanti.

Sebaliknya kepada semua para petugas, khansya daripada PR sila selesaikan permasalahan dalaman sesama mereka dengan segera dan bijak. Ini bagi meraih kemenangan yg sudah semakin hampir.

Bench mark DSAI adalah merupakan iltizam political will bagi seorang pemimpin yg berwibawa. Meneliti usia beliau sendiripun inilah pusingan yg dikira paling sesuai baginya memberi khidmat dengan apa yg beliau perjuangkan sejak sekian lama.

Golongan parasit pengacau penumpang yg mengganggu guggat dari dalam PR harus dibersihkan. Selesaikan titik bengik antara rakan PR dengan melihat wawasan ke depan. Pemimpin dan kepimpinan PR jangan lah saling tikam menikam sesama mereka dan sesama rakan. Penyakit Habil dan Qabil ini wajar dijauhi, Kejarlah pahala jangan terlalu mahukan keuntungan dunia semata-mata.

Kita amat teruja dengan apa yg berlalu di dunia luar, bagaimana gerakan Islam kini mulai meraih kemenangan demi kemenangan dan dalam masa yg sama islam akan kembali didaulatkan 


No comments: