Thursday, August 16, 2012

Nilai Sezaman Kita: Sering meremehkan isu dan integriti

Ketertinggian integriti ketelitian hanya dalam isu perkataan perkauman yg dihambur oleh John Terry Kapten Bolasepak Pasukan nasional England terhadap Anton Ferdinand daripada Kelab QPR di atas padangn belum lagi berakhir, ia sedang diperdebatkan di sana', walaupun pihak mahkamah England telah memutuskan di peringkat nya sudahpun selesai. dan tiada spt yg diadukan oleh pengadu.

Namun di sudut inkuiri awam ia masih belum selesai. Bagi kita isu ini lebih kepada isu bolasepak di atas padang tidak lebih daripada itu.Maka tidak perlu diperpanjangkan, dan kita menganggap cukup meremehkan sahaja.

Pandangan sisi kita jauh tersasar dan menyasar daripada aspek melihat isu ini. Bayangkan keadilan yg dicari di mahkamah - mahkamah England adalah jauh lebih baik daripada keadilan yg telah akan dan sedang diadili di mana-mana mahkamah kita. Ianya nampak adil dan keadilan boleh dicari menerusinya.

Kenapa jadi begitu, mungkin kerana adab dan peradaban mereka lebih jauh lebih tinggi atau ketertinggian peradaban mereka terhadap keadilan cukup tinggi dan dimuliakan semua pihak di sana.

Jauh di sudut nasionalitinya John Terry adalah Ketua Pasukan England. Jika kita di sini beliau cukup dan banyak berjasa kepada negaranya. Sebagaimana entri Utusan bertanya rakyat yg lain bila Dato Lee Chong Wei sudah berjasa kepada negara bagaimana anda pula ? Inilah dua pandangan berbeda sisi penglihatan dan penilaian kita dengan isu berkenaan di atas.


Hodgson serba salah


TERRY kini berada dalam situasi sukar untuk beraksi bersama England pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.


LONDON - Jurulatih England, Roy Hodgson berharap Persatuan Bola Sepak England (FA) akan mencari jalan untuk membersihkan nama bekas kapten, John Terry.
Terry dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand, Oktober tahun lalu.
Meskipun Mahkamah Majistret Westminster memutuskan bahawa bintang Chelsea itu tidak bersalah, FA England mendakwa Terry masih perlu membela diri selain bakal berdepan dengan penggantungan yang panjang.
Menurut laporan, FA England akan mengadakan sebutan kes Terry bulan depan, sekali gus meletakkan pemain itu dalam situasi sukar untuk beraksi bersama England pada kempen kelaya- kan Piala Dunia 2014 di Brazil.
England yang akan menentang Itali pada aksi persahabatan antarabangsa esok tidak akan menyenaraikan Terry dalam skuad itu kecuali dia dibebaskan daripada sebarang hukuman.
"Saya masih belum bersedia untuk berbincang bersama Terry," kata Hodg- son.
"Perkara utama yang saya bimbang adalah saya berkerja di bawah FA England dan saya tidak mahu menimbulkan salah faham.
"Apapun, saya akan serahkan kes ini kepada FA England dan tunggu serta lihat apa yang akan berlaku."
"Saya tiada sebarang rahsia mengenainya. Sudah tentu saya berharap dia akan bebas daripada segala pertuduhan di mahkamah dan FA England sebelum dibenarkan beraksi semula.
"Itulah harapan saya. Apa yang akan terjadi, saya tidak tahu. Sebagai ahli FA England, ia merupakan satu perkara yang sukar dan saya tidak bersedia untuk memberi sebarang komen," ujarnya. - Agensi




No comments: