Sunday, August 12, 2012

Jangan persoalkan dan tanya apa jasa-jasa kami ?

Utusan bertanya Ching Wei sudah banyak berjasa kepada negara, anda pulak bagaimana? Entri yang bodoh dan bangang daripada seorang wartawan Utusan yg cuba mempersoalkan wewenang kepada siapa sahaja rakyat yg membaca entri ini/

Adakah kita perlu memperjelaskan satu persatu kerja dan jasa kita kepada negara. Adakah kami sebagai nelayan dan penoreh getah tidak berjasa kepada negara.

Kami bersukan dengan pkok dan batang getah, sementara nelayaan pula selam tarik pukat untuk dapatkan ikan. Sumber protin yg dapat jadi sumber tenaga kepada Chong Wei untuk berlari berlatih. Ke C Wei buat belaka daripada tanam lada sampai mencari ikan.

Walaupun kami, tidak memenangi pingat dan menaikkan nama dgn nyanyian dan ada siaran secara langsung. Kami mendidik mengajar masyarakat Ulu Tembeling di Kg Bantal agar kenal baca tulis, mengajar fardu ain tentang perkara asas sebagai seorang Islam.

Kami juga mendidik anak-anak masyarakat asli di Kg Kedaik Rompin, di pos Sebetau agar kenal apa itu baca dan tulis, menjadikan mereka seiring dan mampu mengejar kemajuan sebangsa dan bukan sebangsa erti hidup dan kehidupan.

Kami meredah belantara duduk bersama masyarakat rumah panjang di Long Pasia, kenalkan mereka dengan apa itu sekolah...

Oleh itu jangan tanya dan persoalkan serta nafikan jasa-jasa kami, iaitu mahu memanusiakan manusia .

Chong Wei sudah banyak berjasa, anda pula ...?

AHAD lalu jutaan rakyat Malaysia telah menjadi saksi betapa Datuk Lee Chong Wei sudah berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik di London.
Kita semua menjadi saksi melihat semangat juang dan kesungguhan beliau yang turut dikagumi penyokong lawan. Kita juga menjadi saksi kepada kehampaan dan kesedihan beliau apabila terpaksa akur dengan kemenangan Lin Dan dalam perlawanan yang sangat sengit itu.

Kita turut bersedih, sedih bukan sangat kerana Malaysia terlepas pingat emas, tetapi amat tersentuh melihat wajah duka Chong Wei yang menangis sambil berteleku yang cuba ditenangkan oleh ketua jurulatihnya, Rashid Sidek dan jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock.

Kita dapat merasakan kesedihan itu kerana kita semua tahu dan telah menyaksikan betapa beliau sememangnya sudah melakukan yang terbaik untuk negara, sudah berjuang dengan sedaya upayanya.
Chong Wei juga terus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan itu. Dan bagi kita semua, permohonan maaf tersebut tidak perlu, kerana kekalahannya bermaruah. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi.

Berada dalam situasi Chong Wei yang tertekan dengan harapan menggunung yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepadanya, cuba menenangkan diri dengan tekanan itu untuk fokus dalam perlawanan dan menghadapi pekikan penyokong-penyokong Malaysia-China di gelanggang, bukan satu kerja mudah. Tidak semua orang boleh melakukannya.
Walaupun tewas, rakyat Malaysia tetap menganggap beliau sebagai ‘hero’. Malahan rakyat China turut mengagumi semangat juang Chong Wei dan berterima kasih kepada beliau.
Mereka menyifatkan kerana Chong Wei, Lin Dan bermain dengan begitu baik. Mereka juga merasakan kesedihan Chong Wei dan apabila meraikan kemenangan Lin Dan, mereka turut mengingati Chong Wei. Kedua-dua pemain badminton dunia itu, bagi mereka adalah yang terbaik.

Dan sebagai rakyat Malaysia, kita juga berbangga mempunyai rakyat seperti Chong Wei. Bukan sedikit jasa beliau kepada negara.

Pun begitu dalam kemeriahan sokongan diberikan oleh rakyat Malaysia, yang kita kesalkan apabila ada segelintir rakyat kita sendiri memperlekeh-lekeh dan mempersenda apa yang beliau tunjukkan kepada seluruh dunia pada perlawanan itu.

Antaranya seorang wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mengutuk permainan Chong Wei dalam Twitternya termasuk mengelar nama pemain badminton negara yang banyak mengharumkan nama negara itu dengan ‘Lee Chong Away’.

Walaupun telah memohon maaf dua hari selepas ketelanjurannya, itu pun setelah mendapat kecaman hebat oleh orang ramai dalam Twitternya, kita tertanya-tanya apa motif sebenarnya dia memperlekeh dan membuat kenyataan yang ‘tidak cerdik’ mengenai pemain badminton nombor dua dunia itu. Agak menghairankan, bagaimana seorang pemimpin boleh bersikap begini dan mengagung-agungkan ahli sukan dari negara luar.

Kita pun merasa hairan entah ‘ke laut’ mana wakil rakyat ini pergi di saat-saat kita semua menyaksikan siaran langsung pertarungan yang sengit dan permainan yang begitu baik yang ditunjukkan oleh Chong Wei dan Lin Dan sehingga boleh mengeluarkan komen seperti itu.

Dan tidak pasal-pasal juga Chong Wei diheret oleh segelintir pihak lain dalam hal-hal politik sempit di laman-laman sosial. Apa kena mengena pula sukan ini dengan politik? Sudah tiada modal lainkah hendak berpolitik? Hingga semuanya hendak dipolitikkan.

Memang sudah menjadi perangai sesetengah rakyat kita, apabila berlaku saja apa-apa peristiwa, semuanya hendak dikaitkan dengan politik, tidak kiralah hal berkaitan dengan pencapaian, kesedihan, bencana atau musibah.
Adakah mereka sedar, mereka inilah umpama tin kosong. Hanya pandai merungut-rungut, membuat bising dan menganggap semua benda tidak betul.
Soalnya, apa yang mereka sumbangkan kepada negara selain duduk di depan komputer atau menghadap telefon bimbit dan hanya tahu mengutuk pemain badminton negara itu?

Sebaik-baiknya, jika tidak tahu, tidak mampu berbuat bakti dan pada masa sama tidak tahu menghargai pengorbanan orang lain, adalah lebih bijak jika duduk diam-diam saja.

Sekurang-kurangnya Chong Wei berjuang berhabis-habisan di luar sana untuk memenuhi impian rakyat Malaysia, kamu ada?

Usaha beliau adalah lebih murni dan lebih baik daripada pihak yang hanya tahu mengutuk dan merungut. Chong Wei telah banyak mencurahkan bakti mengharumkan nama negara, manakala puak yang ini hanya tahu untuk menghancurkan negara dengan memburuk-burukkan Malaysia.

Dan melalui sukan juga, Chong Wei berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Ahad lalu, rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan fahaman politik, menyokong Chong Wei dalam perlawanan tersebut. Sememangnya sukan diakui dapat menyatukan rakyat, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah rakyat di seluruh dunia.

Justeru, jika mahu menjadi popular atau berniat untuk menghasut, rakyat Malaysia tidak akan termakan dengan perkara-perkara sebegini.

Malah kesudahannya, anda hanya mengundang rasa meluat orang ramai dan akan dikecam serta diketawakan.

Dan cubaan untuk mempolitikkan perlawanan badminton ini jelas menunjukkan betapa tumpulnya pemikiran pihak berkenaan, apatah lagi Chong Wei yang dipersenda itu berusaha keras untuk menjulang nama negara. Dan sekali lagi saya bertanya, anda ada?

1 comment:

Sabina45 said...

Kita rasa berbangga dengan kejayaan yang gagal tetapi kita lupa satu perkara, kerana kita terlalu taksub hendak mengejar kejayaan dan kemenangan itulah yang membuat kita menemui kekgagalan, terlalu mengegokan kedudukan dan sebagainya,fikirlah sendiri