Friday, July 27, 2012

Krisis Air Selangor: Kerajaan Menipu Dalam Bulan Romadhan

Kemana pergi semua JAS atau NGO pencinta alam sekitar. Mana dia jawatankuasa bertindak  dan rakyat perihatin dengan bakal terbina Loji Air 2 Langat di Selangor

Ini kah cara berhemat dan berhemah kerajaan bakal membelanjakan RM8 billion untuk membina Loji Langat 2 ini.

Kerajaan Selangor sudahpun membentangkan data maklumat terperinci kedudukan air dan masalah-masalah huluan dan hiliran isu ini. Namun kabinet berdegil dan angkuh meneruskan juga projek ini kerana takut orang kenamaan di Putrajaya bakal tidak berair sikit masa lagi.

Air dah mula Syabas catukan, TPM kata tidak kritikal, namun Langat dunia bakal siap 3 setengah tahun dari sekarang.

Bayangkan depa cukup pandai menipu rakyat hidup-hidup dalam bulan puasa ini.





Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Akan Dilaksana Secara Tender Terbuka
KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan pada Khamis berkata, semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan kelak.
Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni Umno-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan tersebut.
Kementerian itu turut menegaskan bahawa kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai operator pengagihan air di Selangor pula adalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya, kata Kementerian itu.
Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. - BERNAMA

1 comment:

otaklunyai said...

kot ya pun besar sangat kuasa tu... kalau nak masuk rumah orang kenalah bagi Salam dulu... jangan terjah bodo aje... itu kurang ajar namanya... tapi dlm media selalu kempen "budi bahasa budaya kita" tapi bila kena batang idung sendiri semua tu tolak tepi... betullah perangai paria yg puak2 laknatullah ni bawak...dan kalau dah rasa besar sangat dgn kuasa yg diperolehi secara menipu tu, jangan lupa kuasa Allah lagi besar ... tak terhitung besarNya..