Hebatnya mereka dapat meramalkan tentang apa yang bakal berlaku pada masa depan. Macam tuhan pulak dah.
Tetapi ramalan mereka berkisar tentang kuasa dan kekuasaan mereka pegang saja. Takut dan gusar sangat bilamana rakyat bakal bertindak menamatkan kuasa mereka. Ramalan terhad membatasi hanya soal ini sahaja ,adalah lebih nampak baik jika mereka membuat ramalan hal-hal ekonomi ke, masalah jenayah ke dan seumpama ke nampaklah sikit macam jujur sahaja
Tetapi ramalan mereka berkisar tentang kuasa dan kekuasaan mereka pegang saja. Takut dan gusar sangat bilamana rakyat bakal bertindak menamatkan kuasa mereka. Ramalan terhad membatasi hanya soal ini sahaja ,adalah lebih nampak baik jika mereka membuat ramalan hal-hal ekonomi ke, masalah jenayah ke dan seumpama ke nampaklah sikit macam jujur sahaja
Justeru fahamlah kita bahawa bagi mereka, Mereka akan bertindak agar tidak mahu terlewat mereka memainkan perasaan takut rakyat agar kepercayaan dan perubahan yang ingin dibuat oleh rakyat ditangguhkan.
Seolah-olah mereka tidak bertindak luar daripada kebiasaan, mereka dapat menerima seadanya bahawa mereka kalah dan hilang kuasa, benarkah begitu, tetapi sebenarnya mereka lah yang akan bertindak seumpama itu.
Sebagai bukti kepada rakyat bagaimana mereka riuh rendahnya berarak ke hulu dan ke hilir memporak perandakan negeri Perak, Mereka lah yang menimbulkan dan membuat krisis perlembagaan berlaku sehingga ke hari ini rakyat terguris dengan perlakuan mereka iaitu Umno dan Presiden Umno.
Gagal menerima dan mahu akur pilihan rakyat,mengarahkan semua jentera kerajaan agar menyebelahi tindakan dan perbuatan mereka untuk dihalalkan, Maka dajallah tangan-tangan mereka yang bersekongkol dengan perbuatan jijik dan kotor itu.
Umno Bn seolah-olah mahu menyamakan semua orang berfikiran semacam apa yang dia fikir. Kedua, ini adalah strategik Umno Bn bagi menakut-nakutkan rakyat, hanya jaminan keselamatan hanya milik Umno bn
Selain itu, budaya ugut takut-takutkan, buat provokasi dan strategik lain adalah kerja-kerja Umno Bn. Inilah cara-cara mereka kekalkan kuasa dan kekuasaan mereka
Selain itu, budaya ugut takut-takutkan, buat provokasi dan strategik lain adalah kerja-kerja Umno Bn. Inilah cara-cara mereka kekalkan kuasa dan kekuasaan mereka
Seterusnya, adalah satu situasi dimana Umno Bn samada tidak percaya atau yakin dengan pasukan keselamatan, Walaupun selama hari ini mereka kata pasukan keselamatan negara kita adalah antara pasukan yang tercekap di dunia.
Ataupun jika tidak mereka (Umno Bn) memang mengawal segala-galanya bawah telunjuk mereka
Dan terakhir kerja huru hara kan negara adalah kerja Umno Bn ?
Pembangkang cetus huru-hara jika kalah PRU-13
KUALA LUMPUR 30 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan pembangkang akan menggunakan semula taktik reformasi untuk mencetuskan huru-hara sekiranya keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan kecenderungan pembangkang yang tidak berhenti mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya, Perkasa percaya rusuhan akan menjadi jalan terakhir pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rusuhan boleh berlaku berdasarkan tindak-tanduk mereka yang sentiasa menanam persepsi kononnya SPR tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya.
"Ia mungkin menjadi jalan terakhir pembangkang untuk berkuasa iaitu dengan cara menggulingkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang," katanya selepas Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau percaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan menimbulkan kekacauan secara besar-besaran dengan berdemonstrasi di jalan raya.
"Kita lihat cara mereka mempertikaikan SPR seperti mahu rakyat percaya bahawa apa sahaja keputusan PRU-13 nanti tidak boleh diterima. Itu adalah cara untuk menghalalkan rusuhan.
"Saya jangka pembangkang akan menduduki Dataran Merdeka dan beberapa lokasi strategik di Kuala Lumpur sekali lagi untuk cetuskan rusuhan," katanya.
Beliau berkata, usaha pembangkang untuk mencetuskan huru-hara itu mungkin sedang dirancang sebagai persediaan sekiranya mereka kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.
Tambah beliau, Anwar bukan sahaja tidak yakin dapat memenangi pilihan raya bahkan beliau juga takut untuk berdepan dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada kerajaan BN.
"Dia sendiri tahu pembangkang tidak mampu untuk menang pada pilihan raya umum akan datang. Dia juga tahu Pas akan kalah teruk dengan apa yang berlaku sekarang.
"Bila Pas kalah, dia akan jadikan itu sebagai alasan untuk mempertikaikan kewibawaan SPR dan memfitnah pilihan raya itu kotor,'' katanya.
Justeru beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang sengaja mempersoalkan ketelusan SPR dan mencabar pihak berkuasa keselamatan.
"Sebab sekarang kita dah tak ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita minta pihak berkuasa ambil langkah pencegahan demi keselamatan rakyat.
"Perkasa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedia untuk memperhalusi perkara ini bagi membantu kerajaan menjaga keamanan,'' tambah beliau.
No comments:
Post a Comment