Berlawan dengan musuh politik dengan bersungguh untuk menjatuhkan lawan. Itulah tindakan terbaru konco-konco dan talibarut Umnopro yang melibatkan secara maksimum 'serangan'. Umnopro memberikn ruang sepenuhnya agar musuh mereka yang sama dapat dialahkan, mereka adalah pememng dan bukan pengalah buat masa ini.
Rakyat yang tidak berilmu dan bermaklumat akan mudah terbeli dan dibeli , pembohongan berterusan, fitnah serangan fitnah berterusan yang merimaskan semua pihak, seolah-olah mereka (Umnopro) seolah-olah maksum dengan kesalahan mewarni politik tanah air.
Ini semua memberikan gambaran kejijikan oleh mereka yang dekat bersama dengan para penguasa, secara jelas dan halus bilamana mereka berada dalam Umno.
Walhal serangan itu sendiri, secara sedar membuka pekung bahawa Umno akan pertahankan, peralatakan, pergunakan apa sahaja semasa mereka berkuasa. Ini tidak terkecuali kepada sesiapa sahaja yang berada bersama - sama dengan kumpulan yang ikan sudah busuk daripada kepala ini.
Pendedahan mereka adalah penjelasan kebobrokan , istilah sedar mereka bilamana sesetengah bukan lagi dalam kumpulan 'kita'. Jika tidak mereka akan pertahan dengan apa cara sekalipun sampai mati.....
Apa status siasatan SPRM?
KUALA LUMPUR 5 Jun - Rakyat masih tertanya-tanya tentang status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid hampir 13 tahun lalu.
Dalam pendedahannya, Abdul Murad mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, SPRM seharusnya memberi penjelasan hasil siasatan kes tersebut dan tindakan yang telah diambil.
Menurut beliau, tuduhan kroni-kroni Ketua Pembangkang itu menguruskan semua akaun induk terbabit adalah sesuatu yang amat serius.
''Dakwaan Abdul Murad boleh dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah terhadap Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
''Dalam masa yang sama, Perkasa turut mendesak Anwar membuat laporan polis sekiranya beliau yakin benar-benar bersih daripada segala tuduhan itu," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd. Rahman Bakar; Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Brigadier Jeneral (B) Datuk Ahmad Sujak.
Utusan Malaysia pernah melaporkan pendedahan Abdul Murad pada 29 Oktober 1999 dan menyiarkannya semula Sabtu lalu berikutan sidang akhbar oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang membawa bersama salinan dokumen sebahagian aset dimiliki Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin bernilai lebih RM30 juta.
Pada sidang akhbar 30 Mei lalu, Ummi Hafilda turut menunjukkan keratan akhbarUtusan Malaysia yang memaparkan pendedahan Abdul Murad tersebut.
Mengulas lanjut, Ibrahim menyarankan kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tuduhan terhadap Anwar itu.
''Saya telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi semalam dan mengemukakan surat rasmi kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed hari ini bagi mendesak siasatan terhadap dakwaan Abdul Murad itu dibuka semula," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas meminta rakyat Kelantan agar tidak menderma untuk projek membina lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang melibatkan kos sebanyak RM1.8 bilion.
''Kalau hendak derma, berikan kepada anak yatim, orang miskin, madrasah, surau dan masjid. Jangan bazirkan wang anda," katanya.
Beliau memberitahu, tindakan kerajaan Pas Kelantan tersebut sebenarnya satu gimik politik yang bersifat keanak-anakan untuk meraih simpati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
No comments:
Post a Comment