Monday, May 07, 2012

Majlis Fatwa jadi majlis daeraah mana ni ?

Jarang manusia yang tahu sudah menjadi alat atau perkakas. Bagi yang bersekolah tadika dapat membedakan mana jahat mana baik. 

Amatlah malang ulama dan kumpulan ulama negara kita sudah dijadikan alat atau perkakas, kepada satu kumpulan yang sangat berkepentingan.

Sirah dan sejarah umat dalam pemerintahan tersohor khalifah islam sendiri, sudah memberikan beberapa contoh ulama yang jadi alat dan perkakas.

Mana ada ulama yang menyokong dan membenarkan kerajaan yang ada gunakan media menyebarkan fitnah yang amat memalukan ummat dan ummah islam sendiri. Orang kafoir sendiri jika berlawan sesama depa pun tak buat taktik macam ni.

Mana ada ulama merelakan wang rakyat dirompak dengan sedemikian rupa. Mana ada ulama yang rela pinjaman kerajaan dengan anak-anak kita belajar sebanyak 4 % sebagai benda yang halal dan dibolehkan oleh PTPTN.

Berat ulama kita, kesian pun ada



Haram sertai demonstrasi


2012/05/07

pix_gal0
SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. 

Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu yang diadakan di sini semalam turut membincangkan gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT) dan meminta umat Islam mengelak menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata majlis memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam BERSIH 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda.

“Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam dan menderhaka kepada Ulil Amri.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah. 
“Lebih-lebih lagi, jika terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintahan (kerajaan) yang sahih dan sah, adalah ditegah sama sekali oleh Islam ter-utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah itu.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.

Dr Abd Shukor berkata, banyak saluran perbincangan yang bermanfaat boleh digunakan tanpa perlu menggadai keamanan.

“Islam membenarkan kita mencari keadilan, tetapi dalam mencari keadilan itu perlu menerusi adab dan cara yang betul,” katanya.

Pada sidang media sama, beliau berkata, muzakarah yang diadakan semalam turut mengharamkan umat Islam menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang yang hebat dipromosi beberapa pihak di negara ini.

Sehubungan itu, muzakarah juga menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti LGBT dan umat Islam dinasihatkan supaya kembali kepada ajaran Islam.

“Isu LGBT jelas diharamkan Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan, malah menyokong mahupun bersimpati dengan isu ini juga adalah haram kerana ia bersubahat bersama dalam perkara itu.

“Umat Islam dinasihati menjauhkan diri daripada perlakuan seks songsang, terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa gerakan, sokongan atau kempen mengenainya kerana ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan membawa kehancuran kepada negara serta umat Islam seluruhnya.

“Muzakarah juga menasihatkan pemimpin, mana-mana individu dan media supaya menghentikan sikap suka mendedahkan mana-mana pihak secara terbuka kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi berkait dengan hubungan seksual amat ditegah oleh Islam,” katanya.

“Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya.

2 comments:

nono said...
This comment has been removed by the author.
nono said...

wakakaka.....ni bukan ulama tp alamak!