Sunday, April 01, 2012

SPR masih menjadi perkakas pemerintah yang zalim

Tugas hakiki SPR adalah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah dilembagakan atau diberikan kepadanya. Tugas SPR yang aula sudah digariskan adalah meliputi kerja-kerja seumpama membuat peraturan-peraturan pilihanraya, kedua melantik pegawai dan kakitangan untuk tujuan pilihanraya, ketiga menyiap dan menyemak daftar pemilih  keempat menyemak dan mengubah sempadan kawasan pilihanraya 10 tahun sekali dan mengumumkan sesuatu kekosongan kerusi dewan. 



Di atas ini adalah antara kerja-kerja asas SPR. Kerjanya adalah terlalu amat mulia kerana membantu rakyat memilih pemerintah melalui sistem demokrasi. Jayanya SPR mengekalkan pilihan rakyat , adalah dengan menjalankan kerja amanahnya itu dengan jaya, tiada siapa boleh mempersoalkannya lagi. Maka di atas keputusan pilihan pemerintah itu oleh rakyat, maka rakyat beroleh kesejahteraan dengan apa yang mereka mahu dan pilihkan.




Namun, harapan rakyat dan harapan tinggi tidak kesampian. Apa yang SPR hidangkan perkhidmatan kepada rakyat adalah sangat mengecewakan rakyat teramai, SPR kini tidak langsung menjalankan amanah tersebut dengan jayanya. Wibawa sikap berat sebelahnya yang nampak sangat memihak kepada golongan penguasa amat jelas dan nyata.


Terbaru, bawah kuasa 'belah bahagi' bidang kuasa SPR bagi kawasan pilihanraya. Di beritakan seramai 106 000 pengundi telah dipindahkan oleh SPR ke kawasan Dun yang sebelumnya. Hatta yang paling mengejutkan MB Selangor Tan Sri Khalid dipindahkan ke negeri lain iaitu daripada Damansara Selangor ke Wilayah Persekutuan parlimen Lembah Pantai.


Pendedahan kerja-kerja jahat SPR dilaporkan kepada media. Maka jawapan SPR terlalu mendukacitakan kita.Ini adalah proses belah bahagi atas bidang kuasa SPR. Takkan lah belah bahagi sampai boleh pindah ke negeri lain.


Atas satu desakan kuat Bersih 2.0 menuntut 8 perkara yang poerlu SPR selesaikan. Maka kerajaan penguasa ada mahu tidak mahu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji tuntutan Bersih 2.0


PSC khas ini ditubuhkan, tetapi SPR semakin galak dan rakus melanggar terus menerus apa yang rakyat gusarkan. Kuasa rakyat tidak dindahkan.


Justeru itu, pemerintah yang jahat adalah pemerintah yang sering memanfaatkan apa sahaja yang ada bagi mengekalkan kekuasaan mereka. Pemerintah yang mahu kekal lama adalah pemerintah yang rakus tidak mementingkan prinsip perjuangan bagi membela rakyat di bawah.


Jawapan mudah rakyat kena ajar pemerintah dan agensi pelaksana seumpama ini. Nyahkan pemerintah yang zalim








No comments: