Monday, March 12, 2012

Pengorbanan - Pujian atau Kejian Sinis TPM

Semacam sahaja pujian TPM kepada kak jat. Kata TPM Shahrizat melakukan 'satu pengorbanan besar'/ Lebih kurang macam lagu Tan Sri P Ramlee. Berkorban apa sahaja...Sementara lagu Pelangi nyanyian A Ali .. Engkau bagaikan lilin. Membakar dibakar dan terbakar.

Semacam saja terima kasih TPM ni. Sepatutnya beliau ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia dah mengekalkan UmnoBn selama 12 penggal . Inilah pengorbanan terbesar rakyat Malaysia yang terus dan meneruskan 'serta letakkan kepercayaan kepada umnoBn bagi menerajui kepimpinan negara ini.

Kes BMF pegawai bank jalil Ibrahim yang mati mengejut di Hong Kong, ke mana dan macam mana anak-anak beliau terbela atau dibela. Beliau betul-betul menjalankan kerja dn tanggungjawab serta lakukan pengorbanan. Sepatutnya manusia macam inilah dimindakan kepada rakyat telah lakukan pengorbanan kepada negara.




Keputusan Shahrizat Berundur Satu Pengorbanan Besar - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengutamakan kepentingan kerajaan dan parti mendahului kepentingan peribadi dalam membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April.
Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana membuat keputusan berani yang hakikatnya sukar dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.
"Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (Umno)," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, Shahrizat mengumumkan akan melepaskan jawatan menteri apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Shahrizat turut menegaskan beliau tiada kaitan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Dr Mohamad Salleh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.
Muhyiddin menyifatkan keputusan Shahrizat untuk berundur sebagai tepat dan wajar dihormati semua pihak.
"Keputusan beliau berundur pada tarikh tersebut harus dilihat sebagai satu tindakan berjiwa besar yang didorong rasa tanggungjawab menyempurnakan tugas serta kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk meneraju kementerian dalam tempoh ditetapkan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata pada hemat beliau, Shahrizat sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri kabinet terutama dalam mengangkat kedudukan wanita di negara ini selain sentiasa prihatin merangka pelbagai program untuk golongan memerlukan sesuai dengan portfolio yang dipegang beliau.
Dalam pada itu, Muhyiddin yakin Shahrizat akan terus menyumbang kepada pembangunan negara dan politik tanah air menerusi khidmat beliau sebagai Ketua Wanita Umno.
"Saya juga percaya Datuk Seri Shahrizat akan terus menerajui Wanita Umno untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. -BERNAM

No comments: