Saturday, March 10, 2012

Kerajaan kena ingat, kini rakyat sudah perkasa jiwa mereka

Rimas sungguh aku setiap kali kerajaan berbelanja diuar-uarkan kepada rakyat bahawa belanjanya macam besar. Di mana maksudnya adalah mudah difahami secara tersurat mahupun tersirat.

Jika kita bertanya pula kerajaan pula berapa banyak pulak hasil mahsul, kutipan cukai itu ini yang kerajaan dapat ke mana dihabiskan dan dibelanjakan. Jika hasil itu tidak dibelanjakan kepada rakyat , hasil itu mahu dibelanjakan kepada siapa ?

Laporan kerajaan menambah perbelanjaan pelarasan gaji kakitangan awam seramai 1.4 juta dari RM3 billion kepada RM6 billion. Memang ia nampak banyak, dan memanglah ternyata ianya banyak.

Banyak tapi manfaat nya untuk ramai orang tak apa, jangan banyak tetapi manfaat hanya segelintir rakyat sahaja. Macam ini kacau jadinya..

Berbangga dan membangga-bangga kan hasil negara yang dibelanjakan itu adalah hak rakyat. Selaku ayah kepada anak, adakah kita berbangga dengan apa yang kita belanjai dan tanggungi anak-anak kita. Justeru berpada-padalah jangan bagi sampai orang meluat.

Depa kena ingat, sekarang rakyat sudah ada pilihan dan mereka kini berani dan sudah mulai pandai membuat pilihan.

Rakyat yang kuat adalah rakyat yang penguasanya geruni dan takuti. Dan mungkin negara kita sudah mulai memasuki fasa berkenaan