Thursday, March 15, 2012

Kenapa banjir di Hulu Langat tidak diisu kan media Umno

Kenapa media Umno lebih bersimpati dengan isu pasir, sampah di Selangor berbanding dengan isu banjir Hulu Langat baru lalu.

Itulah nilai kemanusiaan Umno dalam meletakkan sesuatu isu kemanusiaan. Mereka lebih selera dan ghairah dengan 'RM' berbanding hal-hal kemanusiaan.

Setahu kita kenapa Umno dan media membisu isu banjir yang lebih daripada bantir kilat, tetapi sudah menjadi banjir besar.

Rupa-rupanya empangan yang menakungkan air di Hulu Langat sudah tidak mampu menampung kapasiti air. Dan air terpaksa dilepaskan secara mengejut.

Semua kerja-kerja menjaga air di Selangor adalah bawah SYABAS. Di mana syarikat air swasta ini adalah syarikat kroni Umno.

Padanlah kita tengok tak ada liputan media besar-besar dibuat. Jika tidak sudah lama kerajaan negeri Selangor akan dikerjakan oleh Umno dan media Umno.

Usaha-usaha pembersihan dan penyelamatan disembunyikan dan rakyat dibisukan, media menyorok isu air bah besar di Hulu Langat.

Info dariapada media Pakatan sahaja yang membolehkan rakyat tahu sedikit.




No comments: