Tuesday, February 21, 2012

Niat Molek & Kena Sangat, Tindakan Tidak Berapa Kena

Tindakan 3 pemuda yang membuat rondaan tanpa niat, di waktu pagi adalah satu langkah yang terpuji terutama bagi membenteras zina di negeri berkenaan. Dan pasangan yang bermadu kasih apa kerja nya sehingga jam 3 pagi dan duduk berdua-dua dalam kereta yang tentulah sunyi dan jauh daripada pandangan mata orang.

Kemungkinan-kemungkinan lain juga turut ada, kenapa dan mengapa mereka singgah 'sebentar' di pantai berkenaan pada waktu dinihari (waktu orang sibuk berqiamulail).

Tetapi yang tidak terpuji adalah dengan tindakan pemuda berkenaan suruh tanggalkan pakaian. Adalah lebih  baik dinasihatkan dan dilepaskan dengan baik atau diserahkan kepada pihak bertanggungjawab.



Kena bogel selepas dibelasah

DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.
Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.

No comments: