Thursday, December 01, 2011

Perhimpunan Agong Umno Adalah Perhimpunan Yang Cukup Memalukan

Sesuai dengan usia Umno maka persidangan tahunannya tentulah satu persidangan parti yang 'penuh pengalaman. Di isi dengan perbahasan bernas, berwibawa matang dan segala-gala baik. Saban kali persidangan sesebuah parti semestinya ia menjadi medan bedah siasat bagi penambahbaikan kepada partinya khasnya. Dan rakyat teramai dapat merasai limpahan kewujudan parti berkenaan , sementalah pula umno sendiri menjadi teras kepada kerajaan hari ini. Kehadirannya semesti terkesan juga parti ini adalah parti yang disegani oleh semua pihak kawan dan lawan.

Justeru Umno bersidang bukan baru pertama dan bagi kedua kali tetapi sudah menjangkau puluhan kali. Justeru, Umno sepatutnya menunjukkan cerminan dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Parti tertua. Parti yang didewakan dalam semau buku teks sejarah anak-anak kita. Parti yang memerdekakan negara kita. Parti yang berjaya menyahkan penjajah dengan cara paling paling hebat. Tidak dapat dibuat oleh mana-mana pejuang negara bangsa bagi bangsa-bangsa merdeka yang lain.

Namun semuanya pengiktirafan, kekaguman itu jauh meleset, ini kerana bukan fizikal partinya yang tua tetapi pelaku dan penyambungan perjuangan Umno itulah yang memaparkan kerosakan yang ketara.

Kerosakkan itu dapat dikesani dengan tingkah laku tutur kata para pemimpinnya dengan disambuti sambutan laungan menyetujui oleh ahli bawahannya. Ini menandakan Umno setenat itu.

Kita tidak ingin mengajar Umno itu ini, tetapi pertimbangan kematangan kewarasan dan gentleman sepatutnya mewarni perbincangan perdebatan mereka. Tetapi semua perbincangan perdebatan memaparkan gejolak hati nurani pemimpin dan ahli mereka.

terima kasih media kerana memaparkan perlakuan buruk. Parti yang semakin tipis akal budi dan budaya akhlak serta moral yang segar.

Umno sepatutnya malu dengan rakan-rakan komponen yang bukan islam, di mana mereka menghalakan perbincangan perdebatan perbahasan parti ke arah memartabatkan bangsa dan negara mereka. Ini berlainan dengan parti Umno, ia cukup berbeda dan memalukan.

Persidangan Umno menjadi tempat pengadu domba masyarakat, pemecah belah. Semua ucapan pimpinan akar umbi disiarkan oleh semua media elektronik ke seluruh negara. Persidangan yang menjadi medan cercaan lawan atau saingannya yang terlampau dan melampau, menjangkau adab dan tatasusila adat apatah lagi agama.

Secara langsung menjadi penghasut racun perkauman apabila pimpinan utama bersikap keterlaluan dan cukup tidak matang.

Justeru mana SOP perbahasan dan ucapan serta etika kawalan Umno terhadap para perwakilan yang semberono memaparkan niat jahat dan jijik serta busuk perutnya kepada saingan atau lawannya.

Sepatutnya menyaingi lawan atau saingannya dengan matang dan tidak menampakkan kegelabahan.

No comments: