Monday, December 12, 2011

PDO atau CMK : Blogger Pahang yang Cari Makan Kot ......?

PDO atau Cucu Mat Kilau (CMK) adalah antara blogger terkenal dan mendapat perhatian media. Beliau sering menjadi 'rujukan' kumpulan dalaman Umno bagi 'membelasah' mendedah dan men..men yang lain.


Pendekata dia seorang blogger yang cari makan. itu sahaja.

Kami dan saya sebagai orang yang berada di belakang YB Sted Hamid kenal siapa YB Syed Hamid. walaupun beliau sedikit kontroversi tetapi tidak sesekali mahu menjual perjuangan. Dan diakui sememangnya beliau dulu berada dalam Umno. Dan beliau sendiri kenal siapa Umno dan isi Umno.

Usahlah PDO buatlah lerja-kerja yang molek jika mahu naikkan rating blog anda ?








Panas: ADUN PAS Menyokong Dasar Kerajaan BN Serta Ucapkan Terima Kasih Kepada MB Dan PM !

KUANTAN, 9 Dis - Perbahasan mengenai pembentanganBajet 2012 bagi Dewan Undangan Negeri Pahangditeruskan lagi semalam dimana wakil ADUN PAS Kuala Semantan turut diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan bagi sesi kali ini. YB Syed Hamid Syed Muhamad (foto) didalam perbahasannya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan bajet berimbang pada tahun ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pembangunan sukan dan menyeru agar pihak Kerajaan menumpukan usaha bagi membantu menaikkan mutu sukan diperingkat Negeri. Kata beliau, sukan juga mampu membantu menaikkan nama baik Negeri selain memberi manfaat kepada atlet Negeri secara tidak langsung. Beliau juga turut menyentuh mengenai prestasi pasukan Bolasepak Negeri yang dilihat semakin hari semakin merudum sejak kebelakangan ini. Dalam aspek ekonomi, YB Syed Hamid turut mencadangkan agar Negeri Pahang gigih mengusahakan sektor penternakan Lembu dan menjadi contoh kepada negeri - negeri lain."Pahang mampu menjadi contoh dan menjadi pembekal daging lembu yang baik kepada seluruh Negara. Sektor ini juga boleh membantu rakyat dalam meningkatkan ekonomi mereka dan pihak veterina boleh turut serta membantu,"katanya. Dalam sesi perbahasan itu juga, ADUN terbabit turut merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak PAS Temerloh kepada Perdana Menteri atas keprihatinan yang telah diberikan.


Panas, ADUN Semantan sering dilihat muncul dalam program anjuran
UMNO dan dikatakan terlibat dengan projek kontroveri kilang Lynas


Ianya berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh PM untuk membina Masjid baru bagi kawasan Daerah Temerloh pada Ogos tahun ini. Beliau juga turut merayu kepada pihak Jabatan Kerajaan agar maklumkan mengenai sebarang aktiviti masyarakat yang dapat dibantu dikawasan beliau. "Dalam usaha untuk membantu rakyat, tidak semestinya kita mengira parti. Terutama sekali dalam bantuan bencana seperti banjir. Insya Allah, jika ada pihak yang maklumkan kepada kami, pasti kami akan bantu selagi yang terdaya," tambahnya. Hari ini sidang DUN mula digulung oleh barisan Exco Kerajaan Negeri sebelum ia diluluskan Isnin ini. sumber

[Sebenarnya sudah agak lama ramai yang terkejut dengan beberapa kenyataan oleh ADUN PAS Kuala Semantan ini sebenarnya. Beliau sepatutnya berusaha untuk menyakinkan rakyat supaya menyokong perjuangan pembangkang, namun banyak kenyataan beliau dilihat lebih menyokong apa yang dilakukan oleh UMNO BN. Malah, ketika di Dewan Undangan Negeri juga beliau dilihat lebih selesa bersama ADUN BN dalam menyokong banyak dasar kerajaan itu sendiri. Sebagai pembangkang, beliau sepatutnya lebih peka dengan hal sebegini. Jika, tidak tidak perlu beliau menjadi pembangkang. Maka itulah kita tidak hairan bila MB Pahang mengaitkan nama beliau dengan projek kontroversi yang dibantah rakyat iaitu kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation di Gebeng Kuantan. Malah, ramai pemimpin dan ahli PAS sendiri yang kecewa dengan sikap beliau selama ini. Lihat di SINI, bagaimana orang PAS sendiri sudah tidak yakin dengan beliau sejak akhir-akhir ini. Malah, ramai yang mahu PAS Pahang memberi laluan kepada orang baru untuk bertanding di DUN itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika tidak, kemungkinan besar DUN terbabit akan dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN) kali ini]

No comments: