Friday, November 04, 2011

Kerajaan semakin kacau dan meracau PPSMI terus pulak

Malapetaka dan kelakuan yang buruk adalah apabila ketidak tegasan pemimpin. Keputusan dan kemahuan rakyat dipersetankan. Inilah jadinya dengan perjuangan memartabatkan bahasa Malaysia dalam negara kita.

Mesyuarat kabinet pada hari Jumaat, bukan kebiasaannya TPM mengumumkan PPSMI akan diteruskan dan kita gunakan dua bahasa, pelajar boleh jawab ikut mana-mana yang dia suka, jika dia suka BM jawab melalui bahasa BM jika dia mahu dan suka BI, maka jawapannya dalam BI.

Kepikiran kita, bagaimanakan sistem cacamarba ini dilaksanakan, apalah yang bakal jadi dengan generasi yang bakal diasuhi ini...

PPSMI: Kerajaan tidak akan tunduk

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan sebarang desakan supaya pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dua tahun lalu ditarik balik.

Tegas beliau, keputusan tersebut tidak dibuat secara terburu-buru sebaliknya adalah berdasarkan data serta maklumat hasil daripada pelaksanaan PPSMI.

Sehubungan itu beliau berkata, satu penjelasan mengenai pemansuhan PPSMI serta langkah kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dibuat secara terperinci esok walaupun ia bukan satu jaminan polemik mengenainya dapat dihentikan.

''Kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan begini, kita tidak boleh terdesak dengan kumpulan kecil seperti itu. Saya tahu majoriti rakyat faham dan menerima keputusan tersebut.

''Saya juga tidak kata pengumuman esok akan menghentikan polemik. Negara kita bebas dan mereka mungkin akan terus mendesak. Hakikatnya keputusan ini bukan dibuat secara terburu-buru atau kepentingan politik tetapi ia berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Bersama Guru-Guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi dan Ketua Eksekutif SMR HR Group, Datuk Dr. R. Palan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datuk Ibrahim Mohamad.

Beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu yang masih mendesak kerajaan menarik balik pemansuhan dasar PPSMI tersebut.

Mengenai sesi penjelasan yang akan dibuat esok, Muhyiddin berkata, ia berkaitan dengan soal yang berkaitan dengan peralihan para pelajar ekoran pemansuhan PPSMI.

''Kabinet pada 2009 membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. Oleh itu esok secara terperinci saya akan jelaskan satu persatu kerana kita tahu perkara ini mendapat perhatian daripada pihak ibu bapa.

''Sebagai contoh saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ada seorang bapa menyatakan anaknya kini berada di dalam tingkatan 3 dan tahun depan tingkatan empat dan tahun seterusnya tingkatan lima,'' katanya.

Beliau berkata, bapa tersebut bimbang yang anaknya akan berhadapan dengan masalah sekiranya berlaku peralihan daripada PPSMI ke MBMMBI.

''Saya faham kerana saya juga ada anak. Esok saya akan umumkan bagaimana kelonggaran peralihan ini berlaku,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, pembangkang pada 2009 turut bersetuju dengan pemansuhan PPSMI.

''Saya bawa ke Kabinet, ia diluluskan. Saya bawa ke Parlimen ia dibincang dan dibahaskan. Semua pihak bersetuju termasuk pihak pembangkang tetapi pada waktu itulah.

''Namun sekarang setelah ada kumpulan-kumpulan buat desakan mungkin pihak pembangkang hendak lompat masuk ke sana,'' katanya.

No comments: