Wednesday, November 02, 2011

Antara pandir dan pandai : Mana satu

Kini penghakiman siistem kehakiman Malaysia menuju kepandiran. Hakim memutuskan bahawa spekar Dewan kedah tiada HAK dn tidak mempunyai kuasa , tetapi spekare Dewan Rakyat lain pulak duduknya.

Katanya, hakim Bajet Kedah batal dan tidak sah kerana Adun Seputeh tidak hadir. Inilah hebatnya sistem kehakiman Malaysia.

Makin caca marba , satu dunia akan mentertawakan kita





ADUN Kota Siputeh dilarang hadir DUN Kedah
ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan keputusan oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, terhadap penghakiman 18 Ogos lalu yang mengekalkan kedudukan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kerusi itu.

Peguam Edmund Bon, yang mewakili Abdul Isa dengan Zulqarnain Lokman membuat permohonan itu hari ini.

Beliau berkata Abdul Isa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan jika mahkamah berkenaan memutuskan sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah.
NONE
"Dengan keputusan hari ini, Abu Hassan (kanan, bertali leher) akan dihalang daripada menghadiri sidang pada bulan ini," Bon memberitahuMalaysiakini.
"Mahkamah Rayuan masih belum memberikan alasan bertulis berhunung keputusan 18 Ogos dan sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan belum boleh mendengar rayuan itu. Kami terpaksa mengambil langkah ini untuk memastikan kesahihan sidang dewan (akan datang)."

Hakim Datuk Sulaiman Daud mengetuai panel tiga hakim yang mendengar permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Anantham Kasinater.
Pada 18 Ogos, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lalu, yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong.

Tiada hujahan yang diberikan oleh Hakim Ramly yang bersidang bersama Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk ziah Ali.
Bagaimanapun, pada bulan November 2009, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau mendapati ada asas bagi permohonan Isa Abdul kerana Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat sidang DUN tahun tersebut.

No comments: