Saturday, October 29, 2011

SPR semakin kartun, kerja bukan Untuk Rakyat ?

SPR semakin nampak melakukan kerja-kerja gilanya, cadangan undi pos diperlebarkan kepada skop segmen displin pekerjaaan media, perubatan, penerbangan dan carigali minyak.

Cara fikir dan terfikir oleh Pengerusi SPR selepas pembangkang semakin melonjak menghampiri kerusi-kerusi parlimen mencemaskan tuannya umno Amni Bn.

Tindakan terdesak ini, mahu dilaksanakan terus pada PRU13 akan datang ini. Cara melalui mencadangkan kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya yang baru dilantik oleh parlimen sikit masa lalu.

Curiganya Umno kerana pengekalan kuasanya semakin hampir ditamatkan. Jika cadangan ini dilksanakan maka menanglah kembali Dun di kawasan bandar-bandar besar seperti Ipoh , p Pinang dan sebagainya.

Kita tahu ini semua beralasan mahu mengekalkan kuasa dan kekuasaan melayu. Biarpun pendedahan audit baru-baru ini, kerajaan hilang kawalan dengan perbelanjaan boros dan luarbiasa semua agensi kerajaan.

Teguran audit hanyalah sekadar report biasa, repor kita kepada pihak penguatkuasa yang mana mereka sendiri gagal mengambil tindakan kepada diri mereka sendiri.

Justeru rakyat, harus segera menyatakan bantahan melalui Himpunan BERSIH 2.0 dan Kini kita sarankan Himpunan bERSIH 3.0 disegerakan.





SPR perluas undi pos


ABDUL AZIZ (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pegawai pengurus dan pegawai pengurus pilihan raya negeri pada program taklimat PRU-13 di Ipoh semalam.


IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.

“Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat PRU-13 kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri ini di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13.

“Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.

“Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak,” katanya.

Beliau berkata, SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang.

No comments: