Saturday, October 01, 2011

Mana Keadilan Mahu Di cari: Mahkamah, Hakim & Dunia Caca Marba

Berbicara soal hukum dan mahkamah. Institusi ini dipaparkan adalah tempat suci bagi semua manusia di dunia mencari keadilan atau diberikan pengadilan dunia.

Persoalan ini adakah institusi di mana manusia mencari keadilan atau memperolehi keadilan dunia, terjamin atau dijamin.

ia terjawab dengan pengenalan sistem, Allah perturunkan melalui al Quran bahawa Islam menjamin hak-hak Islam dan bukan Islam dalam mencari keadilan. Sebagai contoh kes Ali mendakwa seorang Yahudi mencuri baju kebal. Pendakwaan dibuat, bukti tidak mencukupi. Hakim menolak kes itu. Maknanya kes berkenaan kes berprofail tinggi. Hakim islam tidak meyebelahi Khalifah islam. Sekarang ini Presiden atau Perdana Menteri.

Institusi ini dimuliakan oleh Islam dan bukan Islam dapat mencari dan menumpang keadilan Islam. kes berkenaan cukup memikat manusia.

Namun dalam negara Islam Hadhari iaitu Malaysia, kini lihat apa yang institusi kehakiman dan hakim buat.

Kes seperti kes dibawah. Di mana adil dan keadilan dicari, apa yang didapati oleh mereka yang mahukan keadilan.

Keputusan mahkamah jelas membuktikan ianya salah dan orang yang menuntut kesalahan itu berjaya membuktikan apa yang didakwa itu. Tetapi taraf hukuman yang dijaatuhi bagaimana ?

Kini, kita duduk dan tinggal alam dunia Caca Marba.....


Utusan tidak perlu minta maaf kepada Khalid

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan syarikat akhbar tersebut telah memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad namun defendan tidak perlu meminta maaf.

Ini kerana mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan defendan-defendan untuk berbuat demikian.

Khalid selaku plaintif juga hanya berhak menerima jumlah ganti rugi yang minimum kerana kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua defendan terbabit ialah 'memuat turun artikel daripada blog tanpa memeriksanya dari segi sensitiviti'.

Jumlah ganti rugi minimum itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak yang terlibat pada 11 Oktober ini.

Selain itu, menurut Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham, tindakan plaintif tidak menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai defendan serta mengambil masa yang terlalu lama untuk memfailkan saman agak 'membingungkan'.

Hakim tersebut berkata demikian pada keputusan kes saman fitnah Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam terhadap Aziz dan Utusan Melayu (M) Bhd. yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada prosiding hari ini, Khalid diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Mohana Kumar.

Khalid dalam saman yang difailkan pada 26 November tahun lalu menyatakan, pihak defendan telah menerbitkan satu artikel berunsur fitnah bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang secara langsung atau tidak langsung didakwa merujuk atau difahami merujuk kepadanya.

Artikel tersebut yang disiarkan pada 11 September 2009 membawa maksud bahawa plaintif sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Januari lalu menegaskan, laporan berita tersebut telah diterbitkan semula oleh defendan kedua berlandaskan penulisan atau komentar Zulkifli Noordin dalam laman blognya http://zul4kulim. blogspot.com bertajuk Al-Baqarah: Alahai Sang Lembu pada 9 September 2009.

No comments: