Wednesday, October 26, 2011

Kuasa dan Gila Kuasa: Perkasa yang memasamkan

Apabila pertubuhan peribumi perkasa Malaysia (PERKASA) bawah pimpinan Ibrahim Ali hanya berkisar soal politik kerusi kuasa . jelaslah pertubuhan ini tidak nampak ke arah mana Melayu dan bangsa Melayu dalam negara ini mahu diperkasakan.

Cara berfikir dan didikan pemikiran Ibrahim Ali tidak jauh berbeda dengan orang Umno berfikir dan memikirkan nasib mereka.

Kemelut bangsa Melayu yang parah dalam semua segmen kehidupan amat jelas dalam negara majoriti melayu. Sepatutnya Perkasa dapat membantu Umno memacu hidup dan kehidupan Melayu lebih baik dan menjadi baik.

Nampaknya Perkasa berusaha mengambil peranan Umno, dan melakukkan kerja-kerja parti Umno sahaja. Justeru janganlah kita terlalu mengharap dan harapkan sangat dengan perkasa.

jelas kenyataan presiden perkasa hari ini, terjawab dan tergambar sudah cara berfikir dan apa yang ada dalam pemikiran puak-puak perkasa.

Ini semua menambah kecacamarbaan politik melayu dan kemelayuan dalam negara.





Ahli Perkasa Penentu Kemenangan Calon PRU Ke-13 - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.

"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

"Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini, Rabu.

Menurut beliau, ahli Perkasa telah memberi impak besar terhadap calon yang mencatat kemenangan tipis pada PRU 2008.

"Kami mempunyai 500 hingga 600 ahli di setiap daerah. Jika mereka tidak mengundi, ia mungkin mengubah lanskap politik di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Perkasa bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan perjuangannya adalah selaras dengan falsafah rukun negara dan menepati konsep 1Malaysia.

"Ada segelintir pihak mendakwa kami organisasi Melayu ultra tetapi kami adalah pemangkin perpaduan semua bangsa di Malaysia," katanya.

Turut hadir Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

No comments: