Saturday, September 24, 2011

TPM antara takut Allah dan takutkan Chua Soi Lek ?

Dalam usaha menakutkan usaha Kelantan mahu melaksanakan Hukum Hudud. Umno apco memacu isu ini seadanya bagiu menenggelamkan dan mengelabahkan PAS. Perangkapnya cuba dijerangkap dengan pendirian Tuan Guru MB Kelantan yang kekal mahu melaksanakan hudud dan minta PM memberi keizinannya.

Isu ini, disambut oleh mantan PM Dr M yang terus mencabar Nik Aziz agar laksanakan Hudud kerana beliau bukan lagi PM. Ini katanya hudud Kelantan gagal dilaksanakan kerana salahnya beliau, kerana beliau PM pada waktu itu.

Dalam kekalutan dan balas membalas kenyataan, media menerobos mendapatkan pandangan TPM Muhyiddin Yassin. Belaiu secara jujurnya (kerana asas ayahanda beliau orang agama) maka menyetujui bahawa Umno pun mahu laksanakan hudud juga.

Maka sebingkas kilat Presiden MCA Dr Chua memberi kata dua kepada Umno dan TPM. Bahawa beliau bertegas akan membawa MCA keluar daripada pakatan BN jika hudud mahu Umno laksanakan.

Maka terkedulah TPM, untung yang mahu dicari rugi berkarung-karung dengan isu Hudud dan serangan terhadap Nik Aziz...



1 comment:

pkrcabangtambun said...

Salam tuan PERaNTaUKITE 90,mohon kerjasama bagi pihak tuan untuk linkan blog saya di blog tuan.pkrcabangtambun.blogspot.com. Semoga kerjasama baik tuan dibalas Allah dengan keberkatan.