Sunday, September 18, 2011

JANJI: Inilah perangai Menteri Umno

Janji dan pilihanraya semakin dekat. Jika boleh Bn Umno beri gunung maka gunung pun bakal dihadiahkan kepada rakyat.

Selepas kisah nasi lemak menjadi sindrom kepada Menteri Pelajaran, terkini adalah menjanjikan kerajaan Pusat akan mengmabil alih pembayaran elaun kepada semua guru-guru agama seluruh negara.

Kerajaan terlalu banyak berjanji, sehingga terkadang mereka lupa. Jika sebelum sesebuah kementerian berpindah tangan dan menteri berpindah post, maka menteri sebelum sebelum akan menabur janji demi janji dikhayalkan kepada rakyat.

Selepas sepenggal atau 4 tahun maka terlerailah janji berkenaan.


Pusat sedia bayar gaji guru agama
Oleh Fazli Abdullah, Amin Ridzuan Ishak, Pettah Wazzan Iskandar dan Faridzwan Abdul Ghafar

2011/09/18

MUHYIDDIN menyerahkan bantuan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Quran Masjid Banggali,  Seberang Prai Utara, Rezuan Ahmad di Pulau Pinang, semalam.
MUHYIDDIN menyerahkan bantuan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Quran Masjid Banggali, Seberang Prai Utara, Rezuan Ahmad di Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pusat sedia mengambil alih pembayaran gaji guru sekolah agama naungan beberapa kerajaan negeri supaya setaraf jumlah diterima guru di bawah seliaan Kementerian Pelajaran.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya sudah berbincang dengan beberapa kerajaan negeri untuk menjalin kerjasama supaya sistem pendidikan peringkat negeri bukan saja mengikuti kurikulum ditetapkan malah mampu melahirkan warga berkemahiran.
Kerajaan Pusat sedia membantu kerajaan negeri dengan mengambil tanggungjawab membayar gaji guru supaya setanding dengan guru di bawah Kementerian Pelajaran, terserah sama ada kerajaan negeri terbabit sedia membantu dengan cara bekerjasama.
Kementerian Pelajaran terutama Kerajaan Pusat tidak ada niat untuk mengambil alih tanggungjawab (sekolah agama). Tanggungjawab kita adalah menyokong supaya tenaga pengajar dapat menjalankan tugas mereka lebih baik kerana saya sedar sesetengah negeri tidak mampu membayar imbuhan setimpal.
Ramai guru berdepan masalah itu dan sebab itu kerajaan memutuskan kalau ada hasrat kerajaan (negeri) berkenaan untuk dapatkan sokongan, kita pada peringkat Kerajaan Pusat sedia membantu, katanya berucap pada majlis perjumpaan khas dengan guru sekolah agama dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Permatang Pauh, dekat sini, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran enggan menyebut negeri terbabit.

Pada majlis berasingan, Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bulan depan, diharap mampu meringankan beban rakyat.

Beberapa perkara dalam penelitian kerajaan dan Perdana Menteri akan mengumumkan dalam bajet nanti. Mudah-mudahan sesuatu yang membantu rakyat dan mengurangkan beban rakyat, katanya pada majlis Kenduri Rakyat Merdeka Raya anjuran UMNO Bahagian Nibong Tebal, di sini.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menyambut baik tindakan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf dan menarik balik tuduhan kononnya UMNO terbabit dalam kes kebakaran di ibu pejabat DAP negeri, bulan lalu.

UMNO bukan parti tidak bermaruah. Kalau ada sesiapa yang membuat tohmahan di khalayak ramai kononnya UMNO terbabit dalam perbuatan membakar bangunan (pejabat DAP), ini kenyataan buruk sangka dan fitnah, katanya.

Lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri ke Pulau Pinang semalam membawa berita gembira apabila peruntukan dan insentif bernilai RM21.3 juta diluluskan Kerajaan Pusat untuk pelbagai keperluan.
Muhyiddin mengumumkan RM7.1 juta disalurkan kepada 35 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Beliau juga meluluskan peruntukan RM1.4 juta bagi menaik taraf Pasar Awam Tasek Gelugor dan mengecat semula empat blok flet di Taman Retina, Tasek Gelugor. Sebanyak RM2.5 juta pula untuk menaik taraf Masjid Sungai Acheh yang berusia 120 tahun, manakala RM1 juta bagi menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Udang serta RM500,000 disumbang kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Tek, Nibong Tebal.
Muhyiddin juga meluluskan peruntukan tambahan RM1.5 juta bagi pembinaan projek perumahan mangsa banjir di Kampung Manggis, Bukit Mertajam serta RM6.1 juta bagi pembinaan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil B

No comments: