Thursday, August 18, 2011

Umno membela Islam taik kucing - Mohd Sabu

Isu kristianisasi atau pemurtadan memasuki fasa kedua. Selepas fasa pertama kelantangan semua pihak mempertahankan aqidah ummah. Selepas operasi atau tindakan penyerbuan pasukan penguatkuasa JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke sebuah gereja di Damansara (DUMC) yang didakwa membaptiskan seramai 15 orang muslim di sana.

PAS sebagai sebuah parti Islam yang menjadi komponen memerintah Selangor kena dan terpaksa mengambil tindakan dan menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan. Justeru satu mesyuarat jawatankuasa PAS diadakan, mesyuarat tersebut memutuskan PAS kenaa bertemu dengan kedua-dua belah pihak bagi mendengar penjelasan dan selepas itu PAS akan mengeluarkan pendirian dan sikapnya secara rasmi. Hasil tindakan PAS menulis surat untuk bertemu dengan kedua-dua pihak JAIS dan DUMC (Damansara Utama Methidost Church) pada 16hb dan 17hb Ogos ini, bagi memohon penjelasan secara jelas.

Dalam masa yang sama exco Selangor yang berkait dengan tanggungajwabnya kepada PAS Dato Dr Hassan Ali turut bercakap dengan mengeluarkan kenyataan iaitu beliau yakin ada usaha-usaha Kristianisasi ke atas umat Islam. Dan beliau tegas dan sanggup menerima apa sahaja tindakan daripada pucuk pimpinan PAS demi mempertahankan aqidah ummah.

Bagi meredakan kekalutan tersebut MB Selangor Khalid Ibrahim meminta semua pihak tutup mulut sehinggalah beliau menerima laporan lengkap daripada JAIS.

Sementara itu, pihak gereja DUMC yang proaktif akhirnya memberi surat balas dan sanggup bertemu dengan PAS seperti tarikh yang ditetapkan. Manakala JAIS dengan mengalaskan diri mendapat titah Sultan jangan berjumpa sesiapa.

Maka entah datang daripada mana arahan JAIS enggan bertemu PAS. Inikah sikap sebuah agensi penguatkuasa yang mencari kebenaran ?

Melihat hal demikian Setaiusaha Agong PAS Dato Mustaffa Ali mengeluarkan kenyataan bahawa di sebalik kekalutan isu ini maka Umno lah yang menjadi dalangnya.

Umno Malaysia mengambil sikap mendiam diri dan menikuskan diri, namun tiba-tiba datang entah daripada mana panglimanya Setiausaha Umno Selangor Ir Zin memberi kata dua dan amaran keras kepada Cikgu PAS mohon maaf dalam masa 3 hari jika tidak satun tindakan undang-undang saman bakal dihadapai oleh Cikgu Pa.

Sebaliknya, Cik gu Pa enggan tunduk dengan memohon maaf kepada Umno. Dan beliau mencabar dengan menyatakan beliau bertanggungjawab terhadap kenyataan yang beliau keluarkan.

Maka hari ini, satu kenyataan lain dikeluarkan oleh ketua Pemuda Umno terpinggir, terbuang meminta siasat PAS.

Nah, jelaslah isu kristinisasi sudah berakhir, fokus sebenarnya untuk mempertahan dan menyelamatkan aqidah kini sudah bertukar nada. Yang hendak dibela entah ke mana , orang yang terbela menjadi mangsa.

Terbentang jelas kini ia hanya isu politik semata-mata, hanya yang ada adalah pertarungan antara Umno dan PAS sahaja.

'Aku daripada dulu lagi tak percaya kat Umno, nak bela Islam taik kucing,' ujarnya. Demikian kata jelas dan tegas Tn Hj Mohamamd Sabu dalam satu majlis ceramah di Temerloh kelmarin.

Justeru jelaslah pendedahan oleh Dato Mustaffa Ali adalah tepat dan ada asasnya. Dan hari ini Ketua Pemuda Umno terbuang dalam kenyataannya meminta pihak berkuasa mendakwa PAS dan ambil tindakan terhadap PAS kerana menuduh Umno terlibat mendalangi isu kristianisasi di DUMC.

Maka yang jelas adalah Umno pengkhianat kententeraman dan keharmonian kaum. Sentiasa mencipta peluang dan mencari ruang membina isu bagi merentap emosi ummah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.



No comments: