Wednesday, August 10, 2011

Pemikiran sempit dan dengki yang tidak bertempat

Dalam sikap keterbukaan dan zaman mengundang pemikiran terbuka, orang yang paling jahat sendiri kepada islam adalah orang Islam sendiri.

Walaupun dalam negara ini satu-satunya individu yang melawan penubuhan negara Islam dalam negara ini, tetapi jahat Karpal bertempat dan berasas. Ini kerana beliau merujuk dan berpegang kepada asas-asas perlembagaan negara yang ada (peninggalan penjajah Inggeris)

Tetapi dalam kejahatan Karpal itu, jahat lagi mereka yang beragama islam. Ini tidak payah untuk kita memahaminya, kerana dalam sejarah islam sendiri ada kumpulan munafik yang bernama Abdullah Ubai B Salul. Beliau adalah seorang islam, sembahyangnya di belakang nabi, mengazankan azan ketika masuk waktu, seorang aktivis masjid dan bermacam-macam lagi.

Situasi sama dapat kita saksikan, hanya kerana PAS tidak berpendirian senada dan sesama macam mereka. Mereka ini membangkitkan semula 'usaha' untuk menggugurkan perkataan islam pada PAS.

Sebab dan kenapa apa masalahnya dengan perkataan itu. Justeru pelbagai pihak itu yang namanya Syed Anuar Syed Muhammad , SD Johari Md Yassin, Anuar Shaari. Sila gugurkan nama anda dan kita desak dan cadangkan meletakkan nama anda sebagai Syed Barback, SD Jomlaa, Anoi Moi sebagai nama-nama anda.

Cadangan mereka langsung, mengundang kemarahan ummah. Apa masalah dan apa sakitnya dengan nama islam. Jika mahu digugurkan perkataan Islam gugurkan pada semua institusi.



Pelbagai pihak desak Pas gugurkan Islam pada nama parti

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pas wajar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu apabila gagal membela akidah sekumpulan umat Islam dalam kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lalu.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perjuangan Pas sekarang hanya semata-mata politik dan bukannya berusaha menegakkan Islam seperti mana matlamat pada awal penubuhannya.

''Disebabkan politik mereka terpaksa akur dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan partinya yang lain sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP. Ini yang berlaku sekarang,'' katanya di sini, hari ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin juga mahu Pas menggugurkan perkataan Islam kerana parti berkenaan tidak layak menggunakan perkataan yang amat suci itu.

Beliau berkata, jika Pas sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab sudah tentu parti itu akan segera mempertahankan tindakan JAIS dalam usaha menyelamatkan segelintir akidah umat Islam daripada terpesong.

Bagaimanapun beliau berkata, harapan tinggal harapan, Pas yang dahulunya begitu hebat memperjuangkan Islam kini terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP atas nama politik.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebarang perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dikompromi serta bukan perkara dagangan politik. Sepatutnya Pas tegas menyatakan pendirian mereka menegakkan Islam tanpa perlu berdolak dalik.

''Maka wajar perkataan Islam dalam Pas dibuang kerana mereka jelas tunduk kepada tekan pemimpin PKR dan DAP ,'' katanya lagi.

Seorang bekas lagi setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, apa yang berlaku itu adalah hasil kejayaan Anwar mempengaruhi Pas supaya parti itu lebih terbuka dan liberal.

''Jika dahulu saya sendiri masih ragu-ragu untuk menentang Pas kerana beranggapan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam, kini semuanya sudah jelas.

''Pas tidaklah berbeza dengan PKR dan DAP. Kini kepentingan politik DAP, PKR serta meraih sokongan orang bukan Islam telah menjadi tajuk utama perjuangan Pas,'' katanya lagi sambil berharap Pas sedar dengan kepincangan yang berlaku dan kembali berjuang demi Islam.

1 comment:

otaklunyai said...

Hanya PAS dan ahli2nya yg mengetahui perjuangan dan prinsip yg diperjuangkan... abaikan kata2 mereka diluar sana yg hanya pandai "berkokok dgn jubor bergelumang tahi". Kalau mereka benar2 takut dan amat perihatin dgn perkara murtad ini mengapa mereka tidak bertindak secara berkesan... mungkin lere ini adalah lidah2 syaitan amno yg menunggu peluang...