Monday, August 22, 2011

Alahai Utusan Merapu lagi

Penulis prolifik pro Umno akhbar Utusan Zulkifli Jalil, antara pemikiran dan pandangan adalah terlalu bias. Umno satu ketika dahulu mengajar umat Melayu supaya jangan menjaga tepi kain orang. kesan daripada dasar berkenaan masyarakat ala madani ke bertukar menjadi masyarakat madiyyah (kebendaan) .

Sikap perihatin penulis (Zulkifli Jalil) bahawa ramai para pekerja PATI sudah menjual harta benda mereka di negara asal mereka, seolah-olah mendapat simpati penulis Utusan ini. Simpati atau keperihatinan sesama ummah tidak menjadi salah itu adalah sifat semulajadi manusiawi, tetapi berkasihan secara melampau dengan menggadai negara, memberi kerakyatan segera, secara pukal dengan sistem penganugerahan my kad dan mereka ini 'diarahkan' untuk mengundi penguasa yang ada ini adalah sudah keterlaluan.

Masalah para pekerja ini menjual tanah dan harta benda mereka di negara asal itu adalah masalah mereka. Masalah kita adalah bertanggungjawab dan mengambil berat dengan penduduk negara samada ia berparti tidak berparti, menyokong kerajaan atau pembangkang dalam negara ini, ia masih rakyat negara ini.

Kasihan ibarat Pak Pandir yang mengatakan anak orang pun mati, bukan anaknya sahaja yang mati. Adalah satu pemikiran ketinggalan zaman,. Samalah dakwaan Pengerusi SPR yang mengatakan mana ada negara-negara di dunia ini yang daftar pemilih bersih.

Persetankan hal yang tidak bersih itu kerana ia negara luar. Sebab kita mahu negara kita memberikan satu perkhidmatan atau sistem yang terbaik. Itu adalah hak rakyat.

Justeru adalah hak rakyat mempersoalkan kenapa kerajaan begitu mudah kasihan kepada PATI. Apa hal dengan nasib penduduk negara ini seperti di pendalaman Sabah & Sarawak kenapa usaha bersungguh-sungguh mendaftar biometrik tidak diusahakan dan digerakkan semacam usaha pendaftaran PATI di negara ini.

Alasan itu adalah alasan, tetapi usaha kesungguhan ke arah itu, tidak dinaampakkan.


6P: Pembangkang! prihatinlah keselamatan negara

RAMAI pendatang asing tanpa izin (PATI) mahupun pekerja sah Bangladesh dikatakan sudah menjual segala tanah dan harta benda mereka di negara asal.

Di Keramat, Kuala Lumpur pula, dikatakan ramai PATI dari Indonesia sudah lama menetap di situ. Ada antaranya sudah beranak-pinak. Kedua-dua golongan warga asing ini kalau boleh tidak mahu pulang ke negara masing-masing.

Kerajaan Indonesia sendiri yang difahamkan menampung hampir 300 juta penduduk tidak mahu warganya di Malaysia pulang. Republik itu menghadapi kekangan besar untuk menyediakan peluang pekerjaan di sana.

Namun di sebelah Kuala Lumpur pula, jika tidak didaftarkan PATI dan pekerja sah ini menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin atau dikenali Program 6P, masalah lain pula yang timbul. Jika tidak disediakan angka sebenar mereka, sukar pulalah untuk membuka peluang kerja baru.

Macam manalah KDN tidak serius untuk mengusahakan mereka semua didaftarkan. Di Pasar Keramat sendiri kalau anda ke sana, boleh menemui PATI dari Indonesia yang tidak ada langsung pasport.

Di beberapa kilang di sekitar Shah Alam dan merata di Negeri Sembilan, ramai PATI dikatakan 'kepingin' mahu menjadi 'pak guard'. Tapi yang diminati oleh pengusaha kilang ialah mereka dari Nepal. Dikatakan, warga Nepal sanggup berdepan dengan peluru hidup.

No comments: