Saturday, July 09, 2011

BERSIH 2.0: Media khas Umno bersikap adu domba dan hasut rakyat

Media Biro Penerangan Umno (Utusan dan yang sewaktu dengannya) amat gusar dan panik. Himpunan BERSIH 2.0 diandaikan sebagai satu himpunan yang bakal menghuru harakan negara.

Pemikiran chauvanis dan berpersepsi buruk dengan tiada sikap berlapang dada menghantui pemikiran cemas dan busuk mereka. Unsur-unsur dan tanda kebencian rakyat yang kini dizahirkan secara terang nyata dan jelas sudah tidak terbendung lagi.

Kelmarin pihak-pihak yang masih kental mempertahankan pemerintah yang ada dan mahu tersu mengekalkan legasi kekuasaan kumpulan 'hantu' ini masih kedengaran.

Walapun negara kini semakin pincang dan hancur, kemakmuran kesejahteraan rakyat kian terhimpit. rasuah menjadi-jadi dimana-mana sahaja baik dalam apa jua urusan. Subsidi kepada rakyat disogokkan dengan penuh kehinaan kepada para penerima, kerajaan terlalu amat berjasa, Justeru subsidi mahu dihentikan peringkat permulaan mentaliti rakyat mesti diasuh dan dibasuh.

Namun dalam masa yang sama kepada kroni pemegang IPP (pembekal tenaga elektrik) dikatogerikan bantuan kerajaan sebagai INSENTIF. Yang mana membaham duit rakyat berpuluh-puluh juta.

Bagi kumpulan ahli-ahli perniagaan kroni yang dekat dengan kerajaan semua bantuan digelar SKIM GALAKAN. Yang mana akhirnya mereka tidak lagi PERLU BAYAR semula kerana mengalami kerugian, sama ada syarikat RM2 bangkarap atau muflis serta gulung tikar. Mereka gulung pitih

Inilah senario-senario yang direntetkan sebagai tatapan bagi menyedarkan golongan juhala yang masih bersetuju serta bersengkokol dengan puak-puak pelahap harta kekayaan negara.

Bagi mereka yang menentang ketidakadilan ini, yang mahukan hak-hak kesaksamaan adil samarata antara rakyat . Mereka dilabelkan sebagai berfahaman KOMUNISME yang meresap dalam PSM

Justru di mana keadilan dan demokrasi mahu dituntut....

Ada pihak rancang huru-hara

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

Anggota Polis dan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal sebagai persiapan menghadapi kemungkinan perhimpunan haram Bersih yang dijadualkan berlangsung hari ini di Dataran Merdeka, semalam. – utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 8 Julai – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, ada pihak tertentu merancang untuk mencetuskan huru-hara di ibu negara ketika berlangsungnya perhimpunan haram Bersih esok.

Katanya, maklumat itu diperolehinya apabila menerima sepucuk surat layang petang semalam yang dimasukkan dalam peti surat di rumahnya.

“Penulis surat itu menceritakan ada pihak yang akan berpakaian seragam dan akan melepaskan tembakan kepada kumpulan yang hadir ke perhimpunan tersebut bertujuan mencetuskan huru-hara supaya polis dituduh bersikap kejam.

“Seterusnya, mereka akan memakai baju kuning beramai-ramai supaya mudah nampak kesan darah sekiranya dipukul oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, beliau sangat terkejut selepas membaca keseluruhan kandungan surat itu kerana antara lain ia juga mendakwa pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencetuskan kekecohan supaya ditangkap.

“Ada juga penyokong Bersih yang akan memakai baju merah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan supaya mereka boleh pergi ke tempat perhimpunan itu tanpa halangan.

“Ini merupakan sesuatu yang amat serius dan mampu menggugat ketenteraman negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung surat layang yang diterimanya itu.

ATM ambil alih jika darurat

KUALA LUMPUR 8 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan negara sekiranya perintah darurat dikeluarkan esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, ATM hanya akan bertindak sedemikian selepas pengumuman mengenainya diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, walaupun tugas menjaga keselamatan negara di bawah kuasa polis namun ATM boleh mengambil alih tugas itu atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

"Justeru itu, kita berdoa agar tidak ada pengisytiharan darurat untuk tidak menyebabkan ATM menjalankan tugas sebagaimana yang dititahkan kelak," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kedegilan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk terus mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka esok.

1 comment:

brader jai said...

raja lawal 2011