Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0: ANGKAT 9 JULAI & ALLAHYARHAM BAHARUDDIN AHMAD


Al Fatihah buat Baharuddin Ahmad 56, seorang aktivis rakyat. Kematian beliau selepas BERSIH 2.0 yang sesak nafas terkena semburan gas dan air bahan kimia oleh pasukan FRU. Semangat juang serta kekentalan jiwa bersama orang-orang yang cintakan keadilan atas mukabumi Malaysia turut turun bersama-sama dengan anak muda ke jalanan adalah amat dikagumi. Ramai lagi beribu-ribu jiwa Baharuddin Ahmad akan muncul dan lahir. Insyallah

Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kematian beliau. Jika dilihat dari semua sudut perundangan atas apa sahaja alasan kerajaan berikan, adalah ternyata salah. Dan kerajaan gagal mengurus himpunan aman ini dengan baik.

Dengan mengambil sikap pertentangan dengan kumpulan BERSIH 2.0. Sebenarnya kerajaan sengaja mahu mengambil risiko ditambahi dengan sikap Bodoh Sombong pemimpin tertinggi negara. Ketegasan berserta kekasaran serta keganasan yang tidak bertempat, tanpa memberi ruang atau enggan membuka pintu rundingan lah yang menjadikan BERSIH 2.0 mendapat simpati rakyat terbanyak. Kita yakin ia terkesan dan kekal lama diminda rakyat yang perihatin.

Kerajaan gagal memberi ruang kepada rakyat. Walhal pihak penganjur sudah berkali-kali menawarkan pintu rundingan mahu menjamin an memberi jaminan bahawa himpunan ini dalam keadaan aman. Membuka pintu kompromi , keengganan kerajaan tunduk kerana takut dianggap lemah, menjadikan polis bersama-sama angkuh dan kasar terhadap rakyat.

Kekasaran dan kekejaman polis FRU SB akan dibalas oleh rakyat. Kerajaan gagal meninstitusikan institusi penting ini dengan adab ketimuran, adab dan akhlak Islam sebenar. Unsur-unsur keisraelan mewarni corak tindakan dan perlakuan mereka.

Semangat BERSIH 2.0 perlu disemarakkan. Justeru kita cadangkan jadikan 9 Julai sebagai ikon perayaan dan Tuntutan Demokrasi dan masa yang sama Baharudin Ahmad perlu diangkat dan diperingatkan sebagai pejuang tulen demokrasi BERSIH 2.0


No comments: