Saturday, June 25, 2011

Selamatkan Malaysia Segera Oleh kita (Rakyat)

Apa kata 99.99 peratus orang yang dapatkan komisen kapal selam itu adalah Razak Baginda. Dan 99.99 peratus orang yang menembak Altantuya Sharibu model (Islam) Monggolia itu adalah *****.

Rakyat perlu meilhat kebenaran daripada apa yang dikatakan oleh 'semua' pakar bukan setakat pakar AS. Bila menentukan 'kebenaran' mengapa pilih pakar asing khasnyan AS. Dakwa mereka Anwar adalah agen AS, talibarut AS. Kenapa pula agen AS dan talibarut boleh disahkan sebagai beliau dalam video yang di dakwa pelakunya adalah beliau. Inilah dunia semakin caca marba ? dari segi logik agen dan talibarut akan ditolongi oleh puak yang melindungi agen berkenaan.

Ini lagi satu bentuk pembohongan ala Malaysia. Semua jadi kartun. Rakyat perlu melihat kebenaran kepalsuan dan pembohongan sebenar. Inilah namanya permainan politik ?

Soallah diri anda daari carilah jawapan sejujur-jujurnya. Negara kita berada dalam 'krisis' yang cukup parah. Jangan biarkan negara terus menuju kehancuran. Negara boleh diselamatkan lagi oleh kita, buatlah perubahan demi masa depan generasi dan umah kita .


Lihat kebenaran 99.99 peratus mirip Anwar


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur, malam tadi, Turut hadir Muhyiddin Yassin.


KUALA LUMPUR 24 Jun - Rakyat perlu melihat kebenaran daripada apa yang dibuktikan oleh dua pakar forensik dari Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan bahawa 99.99 peratus individu di dalam rakaman video seks ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana pembuktian itu dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.

"Ini adalah sesuatu yang rakyat sendiri perlu buat penilaian. Kalau kita kata apa sekali pun, yang penting adalah untuk mencari kebenaran dan kesahihan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Najib merujuk kepada kenyataan peguam, Datuk Mohammad Shafie Abdullah semasa proses perbicaraan trio 'Datuk T' hari ini berhubung kes penyebaran rakaman video seks bahawa 99.99 peratus lelaki dalam video tersebut ialah Anwar.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelaku dalam video seks itu memandangkan, rakaman tersebut telah diserahkan untuk dianalisis oleh pakar dan laporannya sudah pun dibawa ke mahkamah hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut menyangkal tuduhan Anwar bahawa beliau ada bertemu dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di Parlimen semalam dan menganggap ia satu pembohongan.

Mengenai hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk turut serta berhimpun pada 9 Julai nanti, beliau menegaskan, semua pihak mempunyai hak tetapi ia tertakluk kepada undang-undang negara.

Sementara itu, mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini juga kata Najib, menerima 10,000 permohonan keahlian terus daripada pelbagai individu dan pertubuhan, namun hanya 3,000 sahaja yang akan dipilih selepas tapisan dibuat parti-parti komponen BN.

No comments: