Saturday, June 25, 2011

Polis Malaysia ke kerajaan Malaysia takut kepada baju warna KUNING.

Polis Malaysia takut kepada baju warna KUNING.

Berita penangkapan seorang Pemuda oleh polis di Shah Alam gara-gara kerana memakai baju t shirt berwarna kuning hari ini, adalah satu berita yang mengejutkan semua pihak. Apa salahnya baju t shirt berwarna kuning ?

Dulu kita, selalu berkata apa ada pada warna. Tetapi perkataan tersebut kini cukup bermakna kepada kerajaan Malaysia. Polis tidak boleh dipersalahkan, polis adalah agensi penguatkuasa persekutuan yang diarahkan.

Sebenarnya, kerja polis terlalu amat banyak. rakyat terus menerus memperbodohkan pasukan polis negara dengan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah sebegini. Masa, anggota dan tumpuan fokus kerja mereka hilang daripada menumpukan kepada yang lebih penting daripada perkara yang tidak berapa penting.

Kita tahu dan faham ramai anggota pasukan keselamatan khasnya polis mengeluh dengan arahan sebegini, tetapi apakan daya mereka adalah bekerja bagi pihak yang berkuasa, patuh dan pematuhan kepada arahan termaktub dalam etika kerja mereka.

Cuma, kita berharap kali ini polis berperanan sebagai pengawal, penjaga, pemerhati agar keamanan Himpunan Bersih 2.0 ini tidak dicemari dengan tindakan yang tidak bermoral.





No comments: