Wednesday, June 22, 2011

Inilah Wajah Negara Kebajikan ?

Kita menyokong dan bersetuju dengan mana-mana negeri Pakatan Rakyat yang 'mula' menilai aktiviti-aktiviti kerajaan 'terdahulu' dalam melaksanakan program-program dan aktiviti pembangunan kepada rakyat.

Terabru usaha kerajaan PR Selangor yang mahu menilai semula agar usaha urustadbir sampah dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tujuannya mudah bawah dasar Penswastaan zaman Dr M, banyak program perkhidamatan kepada rakyat gagal. ini semata-mata kerana mahukan kroni-kroni Umno Bn yang mendapat tender urustadbir berkenaan kutipan, pemungutan sampah sarap 'gagal' mencapai 'kualiti' mutu berbanding setidak-tidak sebelum PBT serahkan kepada pihak swasta.

Rakyatlah yang malang gagal, rata-rata rungutan semakin kuat kedengaran. Penyakit bawaan sampah sarap menjadi-jadi. Akhirnya kroni juga dikayakan. setiap tahun mereka ini sentiasa umumkan keutungan sebelum cukai berjuta-juta dan berbillion. Rakyat putih mata dan terlopong sahaja.

Inilah konsep niaga dan memperniagakan apa sahaja ruang dan peluang kesempatan terhidanh dihadapan oleh Umno. Dengan berlandaskan atau bersandarkan kerana Melayu dan untuk Melayu.



Selangor Fail Saman Balas Terhadap Alam Flora

SHAH ALAM: Selangor akan memfailkan saman balas terhadap syarikat pelupusan sisa pepejal, Alam Flora ekoran tindakan syarikat itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih kerja-kerja pembersihan di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berpendapat tindakan Alam Flora itu berniat jahat serta sengaja mahu menggagalkan usaha-usaha kerajaan negeri dan PBT dalam meningkatkan usaha serta mutu perkhidmatan yang lebih baik.

“Kami sedang mempertimbangkan usaha untuk memfailkan saman balas terhadap Alam Flora. Kerajaan Negeri telah mendapat nasihat guaman dan Alam Flora tidak mempunyai alasan untuk mendapatkan semakan kehakiman tersebut.

“Kita akan melaksanakan langkah-langkah yang perlu bagi mengetepikan permohoan yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak lama lagi serta membatalkan perintah penangguhan pelaksanaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Excco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Alam Flora telah memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri dan semua PBT di Selangor bagi mencabar keputusan yang meminta semua PBT mengambil alih kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh Alam Flora.

Dalam semakan kehakiman tersebut, Alam Flora telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang kerajaan negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah melantik pasukan peguam terdiri daripada Tetuan Fernandez & Selvarajah bagi mewakili kerajaan negeri dan Datuk Dr Cyrus dari Tetuan Shook Lin & Bok mewakili kesemua PBT.

“Kerajaan negeri komited untuk memberi perkhidmatan yang telus, adil dan bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada pembayar cukai,” katanya.




Krisis Air: Kerajaan Pusat Diminta Nilai Semula Keupayaan Syabas

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu meminta Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menilai semula keupayaan dan kecekapan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam menguruskan sistem bekalan air di negeri itu.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang selama tiga air bermula Rabu tidak wajar berlaku kerana bekalan air di semua empangan di negeri itu mencukupi.

“Kerajaan Negeri amat kesal dengan gangguan bekalan air yang kini berlaku di beberapa daerah di Selangor.

“Gangguan yang diumumkan oleh Syabas ini menjejaskan seramai sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Syabas telah memaklumkan bahawa lebih sejuta penduduk berhadapan dengan "krisis bekalan air" apabila syarikat itu memutuskan bekalan air selama lebih 48 jam bermula jam 8 pagi Rabu hingga 8 pagi Jumaat untuk kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Dalam tempoh tersebut, bekalan air tidak akan dibuka langsung. Ini bermakna para pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas iaitu sebahagian besar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor perlu benar-benar berjimat dan menggunakan bekalan air yang sedia ada di tangki rumah atau premis pejabat masing-masing sehingga bekalan air itu habis.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, loji tersebut yang terletak di Bukit Badong, Ijok terpaksa ditutup untuk membolehkan kerja-kerja penaiktarafan serta penyelenggaraan dilakukan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Syabas.

Dalam pada itu Elizabeth berkata, tindakan Syabas menyalahkan perundingan penstrukturan semula aset air tidak kena pada tempatnya.

“Penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja-kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.

“Pada hari ini pula, perundingan dengan kerajaan negeri senang-senang digunakan sebagai alasan menghalang syarikat swasta tersebut dari menaiktaraf infrastrukturnya. Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Elizabeth turut mengumukan Md Khairi Selamat sebagai Pengarah Lembaga Air Urus Selangor (LUAS) yang baru berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan pegawai kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Teknikal LUAS pada tahun 2005 hingga 2007.

No comments: