Kesilapan teknikal yang menyerlahkan kelemahan parti dan mengundang persepsi dan serangan pihak lawan. Apa pun hujah dan alasan , ketidaktelitian jawatankuasa pemilihan yang melakukan kesalahan dan kesilapan besar sehingga mencicirkan lima nama adalah wajar dipandang serius, sewajarnya pengerusi jkuasa pemilihanan (walaupuntidak dibayar elaun) wajar meletakkan jawatan. Ini adalah demi integriti dan seringkali apa yang kita dokong dan perjuangkan.
Memohon maaf dan mengakui kesilapan daripada apa yang silap adalah wajar. Tetapi kesalahan sedemikian dalam parti dikira cukup berat. Lebih berat sehingga kesilapan itu terhidu dan dihidu oleh blogger dalaman kita. Sehinggakan mereka membuat protes dalam laporan ulasan dan tulisan mereka.
Semua pihak yang membaca terkejut. Kita yang selama hari ini memandang tinggi kepada PAS dalam semua segi turut rasa terkejut dan kaget.
Apa pun bukanlah alasan penulis mahu memperbesar-besarkan benda yang besar ini. Kita tidak mahu bila kesalahan yang kita lakukan kita anggap kecil dan bilamana kesalahan oleh Umno kita belasah sampai tidak terhingga. Kita wajar cerminkan diri kita.
Jawatankuasa yang ada tambah kakitangan, jika tidak cukup kakitangan. Ramai sukarelawan PAS ada sekitar WP dan Selangor tidak cukup import dari negeri Kedah Kelantan ke ? jangan ulangi , serius dalam keja buat kita ?
Penulis - sekadar menegur !!!
5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf
Memohon maaf dan mengakui kesilapan daripada apa yang silap adalah wajar. Tetapi kesalahan sedemikian dalam parti dikira cukup berat. Lebih berat sehingga kesilapan itu terhidu dan dihidu oleh blogger dalaman kita. Sehinggakan mereka membuat protes dalam laporan ulasan dan tulisan mereka.
Semua pihak yang membaca terkejut. Kita yang selama hari ini memandang tinggi kepada PAS dalam semua segi turut rasa terkejut dan kaget.
Apa pun bukanlah alasan penulis mahu memperbesar-besarkan benda yang besar ini. Kita tidak mahu bila kesalahan yang kita lakukan kita anggap kecil dan bilamana kesalahan oleh Umno kita belasah sampai tidak terhingga. Kita wajar cerminkan diri kita.
Jawatankuasa yang ada tambah kakitangan, jika tidak cukup kakitangan. Ramai sukarelawan PAS ada sekitar WP dan Selangor tidak cukup import dari negeri Kedah Kelantan ke ? jangan ulangi , serius dalam keja buat kita ?
Penulis - sekadar menegur !!!
5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu. Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin. "Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja. "Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar. Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu. Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir. Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang. Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan. "Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum. "Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi. Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini . Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama. Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah. Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah. Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza. Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin. Berikut adalah senarai kemaskini calon yang layak bertanding AJK PAS Pusat: 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz 4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj 5. Abdul Wahid Endut, YB Hj 6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz , 7. Abu Bakar Hussein, Ustaz 8. Adly Zahari, 9. Ahmad Sabki Yusof, 10. Aiman Athirah Al-Jundi 11. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj 13. Asmuni Awi, Hj 14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz, 15. Azman Shapawi, Ustaz 16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 17. Halimah Ali, YB Dr. 18. Hamzah Abdullah, 19. Hamzah Jaafar, Dr. 20. Hanipa Maidin, Hj 21. Hashim Jasin, YB Ustaz 22. Hassan Ali, YB Dato’ Dr. 23. Hayati Othman, YB Dr. 24. Husam Musa, YB Dato’ 25. Idris Ahmad, Ustaz 26. Iskandar Abdul Samad, YB 27. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ 28. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr., 29. Khalid Abd Samad, YB Hj. 30. Khalil Idham Lim, YB 31. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr. 32. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. 33. Mahfuz Omar, YB Dato’ 34. Mazlan Aliman, 35. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 36. Mohamad Abdullah, (Sabah) 37. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 38. Mohamad Sabu, Hj. 39. Mohd Anuar Tahir, Hj 40. Mohd Apandi Mohamed, Hj. 41. Mohd Firdaus Jaafar, YB 42. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 43. Mohd Nasir Mustafa, 44. Mohd Nasir Zakaria, YB, 45. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri 46. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 47. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 48. Mustafa Ali, Dato’ 49. Najihatusolehah Ahmad, Dr. 50. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz 51. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj 52. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 53. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz 54. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 55. Norazli Musa, Ustaz Hj. 56. Normala Sudirman, 57. Nuridah Salleh, Ustazah 58. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj 59. Razman Zakaria, 60. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 61. Rosidi Hussin 62. Sa’ari Sungib, YB Hj. 63. Salahudin Ayub, YB, 64. Salleh Man, YB Ustaz 65. Sallehen Mukhyi, Ustaz 66. Shafie Abu Bakar, YB Dr. 67. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 68. Siti Zailah Yusoff, YB 69. Suhaizan Kaiyat, 70. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 71. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’ 72. Takiyuddin Hassan, YB Dato’ 73. Taufek Ghani, YB 74. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’ 75. Wan Hasrina Wan Hassan, 76. Wan Nik Wan Yusof, 77. Wan Ubaidah Wan Omar, YB 78. Yusof Embong, Ustaz Hj. 79. Zainuddin Yusof, YB Hj 80. Zaki Ibrahim, YB 81. Zuhdi Marzuki, Dr. 82. Zulkefly Muhamad Omar, Hj 83. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor) [Tambahan] 84. Ahmad Yaakob, Datuk 85. Kamal Ashaari, Ustaz 86. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 87. Muhammad Husin, Yb |
No comments:
Post a Comment