Wednesday, May 18, 2011

Dr M: kerajaan kini lemah ?

Semasa tulisan ini sedang dicoret, Dr M dilaporkan telah dikejarkan ke IJN kerana sakit dada. Kita harap Dr M kembali sihat walafiat. Dan banyak bersabar dan beristiqfar kepada Allah SWT.

Kepanasan suhu Malaysia cukup mengusarkan, banyak dan ramai rakyat mengeluh kepanasan. yang ditemui bercakap soal panasnya suhu waktu ini. Walaupun hujan sekali sekala menyiber kepanasan suhu berkenaan tetap tidak berubah.

Begitupun juga, kepanasan dan bahang suhu politik Malaysia belakangan ini semakin panas. Ada-ada sahaja berita sensasi yang memanaskan semua pihak. Selepas Hindraf yang dilabelkan aktivis radikal pro India, muncul pula PERKASA radikal Melayu yang rasis.

Rentetan itu, isu terkini adalah Malaysia mahu diisytiharkan sebagai negara Kristian. Gara-gara pertemuan paderi Kristian bersama pimpinan DAP di Penang. Dihangatkan laporan muka hadapan utusan Malaysia yang melaga-lagakan serta memberi amaran demi amaran oleh pimpinan negara yang beragama islam.

Melihat situasi ini, Dr M yang ketika itu belum masuk ke IJN menyatakan kerajaan kini semakin lemah, angkara perpecahan bangsa Melayu. Kelemahan kerajaan kini kata nya memberi raung kepada banyak pihak mula menuntut itu dan ini.

Hujah Dr M, zamannya tiada pihak yang berani membuka mulut mohon itu ini, apatah lagi mempersoalkan itu ini serta membangkitkan isu-isu sebegini.

Bagi kita sebenarnya kerajaan yg ada sama dia tidak lemah. Cuma nampak nampak lemah kerana rakyat sudah melarikan kiblat sokongan mereka daripada kerajaan yang ada kepada pihak lain. Itu sahaja. Jika dahulu zaman Dr M, rakyat terbanyak kagum dan kaget dengan idea-idea berani dan kagum dengan karisma serta kepimpinannya, tetapi kini sudah tamat.

Pengiktirafan, kekaguman, keistimewaan Dr M sudah dinyah jauhkan. Mana ada rakyat yg dapat menerima wang negara digelapkan dengan sewenang-wenang. kehakiman diperkudakan, isu menjadi jadi dan memuakkan semua orang.

Rakyat sudah tidak dapat terima lagi, barang keperluan harian mereka naik dengan sewenang-wenang. Jika zaman Dr M , harga minyak naik sekitar 5 sen sahaja, tetapi kini bawah regim baru 4 kali naik sekitar 20 sen sekali naik. Harga ayam melambung melepasi paras bumbung kondo drp harga siling RM6.20 kepada RM8.50 sen sekilogram. Kan gila namanya ?

Justeru itu, Dr M janganlah melunakkan pemikiran rakyat bahawa kerajaan sekarang lemah. Kerajaan yg ada ini bertambah kuat cengkamannya, tetapi rakyat yang lemas itu sahaja.


No comments: