Friday, April 15, 2011

MB Pahang yang bebal atau kebal ?


MB Pahang yang bebal. MB Pahang Dato Seri Adnan Yakob kelmarin selepas selesai sesi dailog bersama para penduduk dan rakyat yang perihatian di Kuantan berhubung kes sisaradioaktof Syarikat Lynas Dari Australia yang enggan membawa balik sisa berbahaya itu ingin menanam dan meninggalkan baki sisa berkenaan dari Australian tersu kekal di Kuantan.

Mengikut maklumat antara pihak yang mewakili kerajaan adalah terdiri daripada JAS, dan beberapa jabatan lain yang mewakili kerajaan bagi memberi faham kepada rakyat bahawa sisa radioaktif ini tetap akan tinggal di Kuantan dan bagaimana demi pembangunan itulah harga pengorbanan yang wajib dibayar oleh penduduk.

Malah rakyat terus berkeras dan kerajaan serta beberapa jabatan gagal memberi penjelasan dan jalan penyelesaian terbaik. Akhir Dato Adnan mencadangkan dengan nada kesal akan menutup seluruh kawasan perindustrian gebeng kerana semua kilang-kilang di gebeng menggunakan radioaktif.

Inilah reaksi awal seorang MB yang bebal dan keras kepala. dan inilah juga cara seorang samseng menyelesaikan masalah rakyat. dan inilah lagak dan gaya watak sebenar menteri Melayu Umno.


No comments: