TEMERLOH: PAS memulakan hari kedua dengan penuh momentum yang memberangsangkan. Calon N28 mewakili PAS mempunyai jadual aturcara yang cukup padat. Para jentera PAS bergerak dengan penuh semangat dan berhati-hati. Hati para pengundi cuba dimenangi.
Kelmarin sahaja menunjukkan Umno kian terdesak, jalanraya utama antara Desa Murni Kerdau diturap sebelah malam, deretan lori berbaris panjang sepanjang jalan. Walhal di kawasan perkampungan sebelah yang tidak masuk dalam kawasan PRK kerdau terus diabaikan dan terabai.
Inilah salah satu bentuk pembohongan kebendaan yang paling keji cuba dilakukan kerajaan Umno. Rakyat terus terusan diperbodoh-bodohkan serta digula-gulakan. Lakonan menteri-menteri kanan najib semakin memualkan.
Mereka menuduh PAS menjual gula semasa PRK Kerdau dengan harga RM1.80 berbanding harga pasaran RM2.10. Menteri berkenaan mencabar agar Kelantan menjual harga gula ikut orang PAS yang baik hati memberi subsidi itu menjualnya kepada orang awam.
Inilah lakonan paling memualkan bagaimana seorang menteri boleh mengutip maklumat tepi jalan bagi dijadikan 'modal' atau bahan tatapan media. Alangkah malangnya seorang menteri yang hebat tetapi dangkal dan amat janggal dengan menampilkan serta membuat penampilan berita seumpama itu.

No comments:
Post a Comment