Saturday, March 05, 2011

Kerdau: Umno memang kerjanya adalah membeli orang

KERDAU: UMNO sememangnya sesak dan sakit hati serta mengelabah, bilamana pengasas Umno jengka 25 yang mengisytiharkan diri bersama 12 rakan yang lain untuk keluar meninggalkan perjuangan Umno.

Pendekata Umno tertolak di hati pengasasnya selama ini di Jengka. Berita ini adalah satu pukulan yang cukup hebat dan usaha 'memujuk, membeli dan memenangi' hati kembali Muzammil giat dan rancak dibuat. Dan akhirnya dengan taktik serangan Umno bertali aru terhadap Muzammil dan rakan-rakannya memaksa beliau kembali menerima Umno, tetapi dia tidak redho. Kes sama berlaku macam mana Adun Belanja Perak yang isytihar keluar Umno dan masuk PKR tetapi selang 24 jam


Tiga Hari Sertai PAS, Muzammil Kembali Kepada Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK TEMERLOH: Selepas tiga hari menyertai PAS, Muzammil Muallif, 51, pada Sabtu mengumumkan pendirian untuk kembali ke pangkuan Umno.

Bekas Ketua Umno Cawangan Jengka 25 itu berkata, tindakannya menyertai PAS merupakan satu kesilapan besar apabila menyedari bahawa tidak ada mana-mana parti selain Barisan Nasional (BN) dan Umno yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakannya kembali kepada Umno adalah pertimbangan peribadi tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Setelah difikir dengan semasak-masaknya, tanpa dipaksa, ditekan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka dengan ini saya mengisytiharkan untuk kembali kepada Umno.

"Melihat kepada hasil perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat di negara ini termasuk pembukaan Felda dan Felcra, saya tidak yakin mana-mana parti terutama PAS dan Pakatan Rakyat mampu menandingi sumbangan BN," katanya pada sidang media di sini.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia turut menafikan membawa bersama 11 orang ahli Umno dari Jengka 25 menyertai PAS bersamanya seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak membawa mana-mana ahli Umno Jengka 25 semasa saya keluar (Umno) tempoh hari.

"Berkemungkinan 11 orang yang diuar-uarkan oleh PAS itu terdiri daripada penyokong PAS sendiri," katanya.

Rabu lalu Muzammil dilaporkan bersama 11 yang lain menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan itu disifatkan PAS sebagai tekanan kepada terhadap Umno.


No comments: