Sunday, March 06, 2011

Kerdau: Kelancaran Proses Pengundian Paling Lemah daripada 15 PRK



KERDAU: Kelancaran proses pengundian PRK Kerdau oleh SPR kali ini adalah paling teruk berbanding sepanjangn dengan siri-siri PRK yang lalu. Pasukan penguatkuasa seperti Polis dan petugas SPR yang duduk dibarisan hadapan sebagai badan pelaksana gagal melnyempurnakan kawalan secara kemas dan kelam kabut terhadap proses pengundian di Kerdau.

Tindakan tidak bermaya , lembik memberi muka dan kecenderungan sentiasa memberi muka kepada Umno dan Bn menyebabkan perjalanan di luar kawasan pengundian menjadi 'kecoh' di Jengka 23, Kuala Tekal , Desa Murni .

Ketidaklancaran itu ketara kelam kabut bilamana arahan berbeda-beda antara pegawai PDRM yang bertugas dan lebih mendengar aduan lisan jentera Umno menjadikan keputusan berbeda-beda dalam masa beberapa minit.

Tindakan sengaja pihak Umno bagi melakukan serangan psaikologi kepada jentera Pakatan Rakyat menjadikan keadaan kawasan berkenaan tegang. Dan inilah yang dikehendakki sangat oleh pasukan cantas yang bergerak pada hari terakhir di Kerdau.

Rata-rata para pemerhati melahirkan rasa terkilan dan penuh kekesalan, dengan bandingan jumlah anggota yang dikerahkan ke Kerdau tidak sepadan dengan tugas mereka.


Kemungkinan juga kerana rasa 'marah' anggota keselamatan mahu diterjemahkan kepada pihak atasan kerana gagal memberikan khidmat prasarana baik bagi kemudahan anggota keselamatan. Prasarana kali ini adalah paling 'teruk', sehinggakan situasi kerja-kerja penyempurnaan masih lagi di buat oleh pihak kontraktor walaupun esok katanya adalah hari terakhir pengundian.

Ini diakui oleh anggota keselamatan yang penulis temui yang enggan namanya disiarkan.

Pihak kontraktor terpaksa juga membekalkan kemudahan kerana peruntukan dan tender bagi Kerdau telahpun dikeluarkan dan wajib dihabiskan juga. Itulah malaysia... tanah air ku

No comments: