Saturday, March 26, 2011

DUN Sarawak : PR tetap ada harapan, tetapi Bn optimis

Kenyataan Ku Li Bn bakal menyapu bersih semua kerusi di Sarawak menjelang 16 April ini masih boleh dipertikaikan. Namun bagi Ku Li dan sesiapa sahaja sebelah kerajaan keyakinan mereka bahawa Bn akan kekal sekali lagi memerintah Sarawak ada asas.

Kerana di Sarawak gelombong rakyat mencabar kepimpinan negeri belum lagi pernah tercetus dan dicetuskan. Cuba lewat 1970an cabaran antara Abd Rahman Yakub dan Taib Mahmud dikira sebagai perlawanan antara bapa dan anak saudara sahaja dalam mewarni kepimpinan politik Bumi kenyalang ini.

Namun harapan pembangkang tetap ada, kerana 'fenomena' di Semenanjung dan momentum PR dengan DAP boleh memberi cabaran kepada kerajaan Sarawak tetap ada. malah peningkatan kerusi bandar kepada DAP pembangkang cukup kuat dan memberi kesan.

BN Boleh Menang Di Sarawak:Razaleigh

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Kerajaan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu 16 April depan.

Bagaimanapun, kata beliau, hanya untuk mendapat majoriti besar mungkin sukar berikutan penduduk kawasan bandar itu kurang memberi sokongan kepada B Ndisebabkan terpengaruh dengan isu pembangkang.

"BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar negeri itu kerana masih memerlukan banyak pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Lebir di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh berkata, pandangan awal mengenai kedudukan pilihan raya negeri Sarawak itu diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pergi ke sana menjelang hari penamaan calon 6 April ini. "Saya juga mungkin akan pergi ke sana bagi membantu jentera pilihan raya negeri berkenaan dan ingin melihat sendiri kedudukan sebenar kekuatan BN," kata Ketua UMNO bahagian Gua Musang itu.

Sebelum itu, ketika berucap, beliau berkata, kerajaan BN mampu melakukan apa sahaja untuk kemajuan rakyat di seluruh negara termasuk di Kelantan untuk membawa kesenangan.

Katanya, kedudukan kampung luar bandar juga seperti Gua Musang turut diberi tumpuan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan kemudahan asas yang lain.- BERNAMA


No comments: