Tuesday, February 22, 2011

PRK Kerdau : Calon BN Syed Ibrahim - Orang Kuat MB

Tokoh kesayangan MB Pahang dan anak tempatan daripada Kg Tekal dipilih petang tadi sebagai calon BN pada PRK Kerdau.

Pengisytiharan dan pemasyhuran calon Bn di Dewan Orang Ramai Ketumbit (salah guna kepentingan awam ikut Akta pilihanraya 1957).Dibuat dengan kehadiran tidak seberapa, tetapi dibayar dan diupah.

Penulis paling 'kesian' adalah pasukan keselamatan yang sejak dari pagi bertugas untuk menjaga lalulintas di sana.









Syed Ibrahim Calon BN Di Kerdau

TEMERLOH: Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Selasa.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu akur dengan calon yang diumumkan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

"Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan Barisan Nasional, dan bukannya calon," katanya. -BERNAMA

No comments: