Monday, February 14, 2011

Najib sanggup label orang agama sebagai pelampau


PM Malaysia mulai cemas dan cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana. Apakah sudahnya hajat hati mahu memeluk gunung apa kan daya tangan tak ke sampaian. Beliau nampak tidak selesa, ini kerana waktu beliau sedang naik menduduki kerusi atau tahkta PM ia sering terganggu dan diganggu. Beliau tersentak dari buaian mimpi ngeri situasi Mesir yang bagai dilanda tsunami ledakan kejutan trauma kebangunan rakyat daripada rejim zalim dan penindas rakyat. Mendepani nya dan tersungkurkannya penguasa yang ampuh yang dibiayai dibayangi serta ditajai kuasa besar, gagal dipertahankan kini.

Terkesan daripadanya selain gangguan dari dalam adalah bayangan Anwar dan kini gangguan Anwar ditokoki dengan kebangkitan gerakan rakyat yang fahami agama, yang mana hari ini PM cuba memujuk hatinya, dan terus menyedapkan 'tuan' yang disanjungi itu dengan menyerang serta membelasah golongan seumpama ini sebagai golongan pelampau dalam negara sebagai pengacau dan pengganggu utama keharmonian negara. Itulah label seorang PM yang sanggup mengkhianati rakyatnya dengan melebalkan mereka adalah 'pelampau'.

Itu adalah harga bagi sebuah perjuangan rakyat yang mahukan keadilan, kesejahteraan.


Ekstremisme Punca Ketegangan Antara Agama - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perbezaan fahaman agama dan kepercayaan bukanlah punca berlakunya ketegangan sama ada di negara lain mahupun Malaysia.

Sebaliknya menurut beliau, ketegangan yang berlaku di kebanyakan negara adalah disebabkan wujudnya golongan ekstremisme yang sengaja mengganggu ketenteraman awam dengan menyentuh isu-isu sensitif.

Jelasnya, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan kepercayaan berjaya membuktikan bahawa kepelbagaian agama bukanlah penyebab utama kepada ketegangan dalam masyarakat.

"Malaysia telah menunjukkan bahawa perbezaan agama tidak semestinya membawa permasalahan dalam masyarakat.

"Tetapi yang menjadi kekangan, hambatan dan punca ketegangan ialah pemikiran yang ekstrim.

"Sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau apa sahaja agama, kalau kita ada fahaman yang ekstrim... ia akan membawa padah yang buruk kepada negara kita dan manusia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini, Isnin.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia diilhamkan Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Puteranya, Ghazi Muhammad yang menjadi utusan peribadi serta penasihat kepada Raja Abdullah II pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-65 di New York tahun lalu.

Idea yang diketengahkan itu kemudian menjadi resolusi yang diterima pakai PBB untuk disambut pada minggu pertama Februari setiap tahun di semua negara anggota.

Selain itu Perdana Menteri berkata, jika fahaman ekstim berkenaan tidak ditangani dengan sebaiknya, ia akan membawa kesan buruk kepada pembangunan negara dan manusia sejagat.

"Saya sedar ada juga ancaman kepada proses (mewujudkan negara aman) ini, salah satu ialah fahaman dan pemikiran yang berbentuk ekstrim.

"Pemikiran ekstrim inilah yang mendorong saya untuk mencadangkan pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia pada PBB, tahun lalu.

"Sebab saya percaya, inilah saja jalan ke hadapan yang boleh menyelamatkan dunia bukan sahaja negara kita tetapi ketegangan di banyak tempat," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, nilai kebersamaan antara ajaran semua agama di Malaysia menjadi asas keharmonian di kalangan masyarakat.

"Walaupun kita ada perbezaan akidah, tetapi yang penting ialah kita ada nilai kebersamaan yang boleh membawa kepada pembentukan negara bangsa yang aman.

"Kerajaan mempunyai iltizam yang kuat, insyaAllah, kita akan terus berjaya kerana kita mempunyai perancangan yang teliti seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang telah disusun dengan mantap dan kemas.

"Kekuatan terhadap perancangan itu mestilah berlandaskan kepada kestabilan dan keharmonian dalam negara. Inilah tonggak paling penting. Inilah juga harapan saya melalui perjumpaan ini," katanya.

1 comment:

azman kamarul said...

Kepala bana najib....kepala hotak dia bila kata makmur dan harmoni.Puak yang rasa harmoni adalah puak yang melantak harta rakyat..macam puak-puak umno tu.