Sunday, February 13, 2011

Info Terkini: PRK Dun Kerdau, Pahang ?

Baru sebentar tadi, ramai pimpinan Umno Bn termasuk PM tiba di Kerdau bagi menziarahi jenazah YB Kerdau yang baru meninggal petang semalam. Kedatangan Najib adalah sebagai tanda, dan tidak sampai 24 jam speaker Dun Pahang memaklumkan bahawa kekosongan kerusi akan segera dimaklumkan kepada SPR. Katanya esok.

Nampaknya macam tergesa-gesa, gaya macam mahu memburu tarikh penamaan di Dun Merlimau sahaja lagaknya. Apa pun segala-galanya adalah ditangan SPR. Buatlah rakyat hanya menerima sahaja.




Kekosongan kerusi Kerdau dimaklum kepada SPR esok

13/02/2011 1:40pm

TEMERLOH 13 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Beliau berkata, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Katanya, pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam.

Sementara itu, Pengarah SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata, Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.

Beliau berkata, selepas itu, SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil. – Bernama

No comments: