Wednesday, February 02, 2011

Aduhai, penasihat jalanraya di Malaysia

Entahlah, penulis baru sahaja kembali dari Selatan tanahair. Penulis pernah memberitahu dalam tulisan penulis bahawa keadaan muka jalan antara Labis dan Segamat adalah jalan 'terburuk' yang pernah penulis dan rakan penulis lalui sepanjang siri PRK di Malaysia.

Namun dalam jalan tidak teruk itu, kereta penulis naiki sepanjang Labis ketSegamat, 5 kali terjun lubang besar yang hampir membengkokkan rim tayar kereta penulis naiki. Kira oklah jika kerajaan mahu berjimat duit dari membaiki jalanraya di selatan tanah air.

Mungkin jalan sentiasa baik, sebab selatan tanah air negeri kubu Umno. Inilah namanya rakyat didahulukan. Jakanraya buruk rakyat dahulu, rumah .....


Tetapi kalau hari ini pegawai besar dan penasihat kerajaan kata jalan raya kita di selatan tidak teruk macam 2006, entahlah. Jangan sampai Malaysia rakyatnya jadi macam rakyat Mesir dan Tunisia sudahlah....






Kerosakan Jalan Persekutuan Di Selatan Tidak Seteruk 2006

MELAKA: Kerosakan jalan persekutuan di tiga buah negeri di selatan akibat bencana banjir dijangka tidak seteruk ketika kejadian 2006.

Bagaimanapun kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Selia Group Amli Taib, penilaian terakhir akan dibuat selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.

Setakat ini, kami mengenal pasti lima kawasan paling teruk mengalami kerosakan iaitu di Bahau dan Gemas di Negeri Sembilan, serta Segamat, Kluang dan Kota Tinggi di Johor, katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Syarikat itu yang bertanggungjawab menyelenggara jalan persekutuan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor membelanjakan antara RM30 dan RM40 juta ketika bencana banjir melanda selatan tanah air pada 2006, katanya.

Beliau berkata buat masa ini syarikat itu melakukan kerja-kerja baik pulih sementara di jalan yang rosak teruk bagi memudahkan pengguna.

Amli juga meminta mereka yang ingin membuat aduan kerosakan jalan persekutuan agar menghubungi talian 06-2318140 atau layari laman web www.selia.com.my:81/adu2/ untuk aduan secara talian.

Selia Group melalui anak syarikatnya Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 10 Disember 1999 bertanggungjawab menyelenggara 4,000 km jalan persekutuan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Sementara itu mengulas perkara berkaitan, Amli berkata syarikat tersebut memperuntukkan RM100,000 untuk membantu mangsa banjir di ketiga-tiga negeri terbabit.

Selain itu syarikat turut menggerakkan lebih 100 tenaga kerjanya untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah, katanya yang ditemui selepas penyampaian bantuan banjir oleh syarikat terbabit di sini. - BERNAMA

No comments: