Wednesday, January 12, 2011

PR: Umno Bn takut PROJEK BUKU JINGGA

Pakatan Rakyat sudah pun berkonvensyen tempoh hari. Dalam persepakatan dan pemaufakatan parti-parti pembangkang yang diterajui PAS, DAP dan PKR, bersetuju dengan berdokumen dengan mengeluarkan Buku Jingga bagi tatapan sajian minda rakyat Malaysia.Ikrar dan janji PR adalah apakah rancangan 'segera' mereka dalam 100 hari selepas pemerintahan Umno Bn beralih tangan kepada mereka. Ada berbelas-belas perkara diperincikan.

Dan dalam keazaman PR mereka akan laksanakan.Janji ini tawaran kepada semua rakyat. Syaratnya kerajaan perlu ditukar dengan kerajaan lain. maka 100 hari sebagai ikrar PR akan melaksanakan pelbagai 'tranformasi' dalam pelbagai lapangan dan disiplin termaktub secara berdokumen dalam BUKU JINGGA.

Janji dan perkara yang dijanjikan PR adalah mencakupi masa depan rakyat keseluruhan. Tawaran tersebut 'cukup' teruja dan menguja, syaratnya peluang sudahpun ditawarkan, komitmen daripada PR sudah diikrarkan cumanya rakyat sahaja yang perlu memilih.

Justeru Projek BUKU JINGGA Pakatan Rakyat ini CUKUP menakutkan Najib dan konco-konconya. Serangan balas sudah digerakkan bagi menyahterima masuk janji PR dalam kotak pemikiran rakyat. media cetak menyerang, penganalisis memberi pandangan, semua nya membincangkan dari sudut negatif, bakalan negara dan rakyat kelak terima.

Antara hujahan awal yang dangkal, adalah negara akan bangkrap. Sebelum negara bangkrap menteri di JPM yang baru dilantik yang berlatar belakangkan pentadbir dan ahli ekonomi mendedah kan secara bernai iaitu Dato Idris Jala negara akan bangkrap menjelang 2020 kerana beberapa sebab yang beliau gariskan.

Ramalan negara bangkrap bukan disebabkan PR tetapi Umno Bn. Faktanya dariapada menteri kabinet Bn juga.

Kedua, selama negara ditangan Umno Bn dengan projek dan rencana daripada PM ke 6 negara sedang menuju ke arah kemuflisan. Kerana sedikit masa dahulu Pak Lah menteri yang 'lemah' membatalkan semua Projek Mega zaman Dr M selepas beliau menduduki kerusi PM. ramai ahli ekonomi dan peniaga kroni marah kepada Pak Lah atas keputusan 'luar biasanya' itu.

Kini Projek Mega kembali di bawah najib, masa terdekat Projek MRT yang menlan belanja hampir RM36 billion wang rakyat. Menara 100 tingkat. Projek ELP dan berbagai-bagai lagi.

Justeru hentikan hasutan palsu dan hentikan hambatan nafsu serakah mahu kekal berkuasa. Kerana terlalu berkuasa mereka lupa siapakah yang amat BERKUASA. nantikan pembalasannya.... rakyat didahulukan...




Minda Pengarang: Janji pembangkang untuk PRU13 boleh sebabkan negara muflis


2011/01/12

MENABUR janji manis untuk meraih sokongan rakyat memang mudah. Bagaimanapun untuk mengotakan janji tidak semudah itu, apatah lagi hanya selepas berkuasa selama 100 hari, seperti dijanjikan pakatan pembangkang baru-baru ini. Kita percaya rakyat tidak mudah diperdaya janji manis pakatan pembangkang. Jika ada pun, hanyalah segelintir penyokong mereka yang taksub sehingga tidak dapat berfikir secara waras untuk membuat pertimbangan antara janji kosong dan janji yang mampu ditunaikan. Sebagai pemerintah bertanggungjawab, banyak perkara perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu projek, termasuk dari segi kewangan, kesan ke atas masa depan negara dan apakah manfaat kepada rakyat. Justeru, janji yang dibentangkan pakatan pembangkang dalam satu konvensyen baru-baru ini, lebih bersifat mencari populariti dan mencipta ‘gimik’ untuk mengalih perhatian rakyat daripada janji lama mereka ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008. Banyak daripada janji dibuat pakatan pembangkang berkubur dan dilupakan begitu saja. Kenyataan Perdana Menteri, kelmarin bahawa kerajaan populis hanya pandai berjanji, tetapi belum tentu mampu mengotakan janji memang tepat dan banyak kebenarannya. Selama ini pun kerajaan pakatan pembangkang memang hanya pandai menabur janji manis, tetapi tidak banyak menunjukkan hasil. Lihat saja apa yang berlaku di empat negeri di bawah pentadbirannya berikutan kemenangan mereka pada PRU12. Selepas lebih dua tahun memerintah, apakah pakatan pembangkang berjaya mengotakan semua janji yang dibuat. Sedangkan dalam tempoh lebih dua tahun itu mereka tidak dapat memenuhi semua janji dibuat, inikan pula dalam tempoh 100 hari memerintah sekiranya menang pada PRU13 nanti. Antara lain, pihak berkenaan berjanji akan mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya mengambil alih aset lebuh raya bagi pihak kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol. Selain itu, mereka juga turut menabur janji kepada dua lagi sektor yang mana wujud kelompok pengundi muda, termasuk bidang perguruan dan generasi kedua dan ketiga FELDA.

Mereka tahu bahawa isu tol adalah sesuatu yang dekat di hati rakyat khususnya pengguna jalan raya. Apa juga langkah bagi mengurangkan kadar tol atau menghapuskannya tentunya mendapat sokongan rakyat. Jika ini dilaksanakan, siapa yang akan menanggung kos pengambilalihan syarikat lebuh raya terbabit yang bernilai berbilion ringgit? Apakah wang simpanan persaraan 12 juta ahli terpaksa digunakan untuk menampung kos berkenaan? Jika pengguna tidak membayar tol, iaitu hasil bagi syarikat lebuh raya itu, bagaimana pula pelabur akan memperoleh dividen dan siapa pula melabur dalam syarikat awam yang tidak membayar dividen? Ahli pembangkang sendiri pun pastinya tidak akan membeli aset yang rugi dan tidak mendatangkan hasil. Pakatan pembangkang harus ingat bahawa kedua-dua badan kerajaan itu bukannya menguruskan wang kebajikan, terutama KWSP yang bertanggungjawab ke atas wang yang dikumpul sehingga mereka bersara. Menerusi rancangannya, pakatan pembangkang seolah-olah ingin menggadaikan harta rakyat dan ahli KWSP untuk kepentingan politik mereka. Sebarang perancangan hendaklah berpaksikan realiti dan bertanggungjawab. Dalam sebuah negara demokrasi, parti pembangkang juga harus memainkan peranan secara bertanggungjawab dan bukannya cakap kosong semata-mata. Jangan kerana terlalu ghairah berkuasa, sehinggakan tidak peduli akibatnya, walaupun menyebabkan negara muflis.

No comments: