Saturday, December 04, 2010

Sokongan Bn semakin pulih ?

Sokongan rakyat kepada BN bukan semakin pulih. Umno gagal menubuhkan cawangan baru di kawasan perkampungan tradisional, begitu juga kawasan taman perumahan.

Aktivitis Umno Bn lebih bergelut untuk mengejar untuk mengisi perut dan bawah perut sahaja. mana ada anak muda Umno yang membawa ideologi perjuangan Umno dalam masyarakat. Mereka menjadi juara media, demo mencari nama semata-mata mahu 'menjual' diri mereka bagi ke jawatan-jawatan tertentu dan mendapat tempat.

Sila tanya ke mana Sabaruddin Chik di Temerloh mantan SUA Umno yang paling lama. Sebutkan nama-nama 'tokoh' Umno lain dan Bn lain ?






Minda Pengarang: Sokongan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN semakin pulih


SEGALA kerja keras dan pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak diterajui Datuk Seri Najib Razak, kini mula menampakkan hasil. Perancangan besar membabitkan dasar dan pelan induk yang diperkenalkan dengan matlamat mempertingkatkan kemakmuran kian difahami dan diterima rakyat. Komitmen barisan kepemimpinan negara yang memberi fokus kepentingan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat dinyatakan melalui slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dibuktikan dengan menjadikannya agenda utama nasional. Kita tidak menolak sudah ada mood ceria di kalangan rakyat yang mula merasai kesan daripada pelbagai program, pelan dan tindakan yang dilaksanakan untuk kepentingan mereka. Jika sebelum ini, ada perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat berhubung beberapa isu seperti pendidikan, keselamatan, hak mahupun aspek keagamaan, kini nampaknya ia kembali reda. Kerajaan berjaya mengurus dan menangani isu berkenaan dengan baik serta bijak. Justeru, kita berpendapat kenyataan Najib di Phnom Penh, kelmarin ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Keenam Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) bahawa sudah ada tanda pemulihan sokongan rakyat kepada BN, tentu ada kebenarannya. Najib menjelaskan bahawa sudah ada tanda kembalinya sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN, ia berikutan kesungguhan kerajaan menunaikan janji terutama yang dibuat dalam pilihan raya. Usaha kerajaan meningkatkan keyakinan rakyat seperti mengurangkan kadar jenayah, membasmi kemiskinan, menyediakan kemudahan pendidikan dan meningkatkan pendapatan rakyat jelas disambut baik. Lebih penting segala usaha dan janji itu bukan kata-kata retorik atau tinggal di atas kertas, tetapi dilaksanakan sehingga membuahkan hasil dan jelas terlihat sekarang.

Malah, pada sesi sidang Dewan Rakyat, kelmarin dimaklumkan kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat di luar bandar daripada hampir 50 peratus pada 1970 kepada kini hanya 3.6 peratus. Malah hasil inisiatif kerajaan menerusi medium pendidikan, 70 peratus daripada 30,345 pelajar sedia ada di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara adalah pelajar luar bandar daripada keluarga miskin. Namun, kita percaya semua kejayaan itu tidak mudah diraih tanpa komitmen yang tinggi jentera kerajaan untuk merealisasikan hasrat itu. Kita yakin, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang sentiasa melihat kepada kehendak, keperluan serta memenuhi harapan mereka. Justeru, kita percaya kerajaan yang diterajui Najib sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat. Pendekatan yang diguna pakai mulai diterima rakyat tanpa perasaan terpaksa. Pada masa sama, rakyat memahami tidak semua perkara yang dihajati dapat dipenuhi kerajaan dalam sekelip mata. Namun yang penting kesediaan dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka. Tanda-tanda pemulihan sokongan rakyat juga boleh dirujuk kepada kemenangan calon BN dalam pilihan raya kecil lalu iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Galas selain Parlimen Hulu Selangor dan Batu Sapi. Tanda-tanda keberkesanan pelan transformasi ekonomi dan sektor perkhidmatan awam juga semakin ketara dan kenyataan itu bukan fakta yang sengaja direka. Namun, setiap ahli dan pemimpin BN jangan berasa selesa dengan perkembangan ini. Seperti yang Najib tegaskan, sebagai parti yang lama memerintah, BN terdedah kepada tiga penyakit iaitu inertia, amnesia dan keyakinan palsu. Gejala ketiga-tiganya ialah tidak maju, statik dan menolak perubahan serta hilang arah tuju.

No comments: