Thursday, December 30, 2010

Balah: Esok PM kata Cuti, TPM kata Kerja lah

Najib kata CUTI, TPM kata teruskan kerjalah. Semakin caca marba kedua tokoh ini dalam menerajui negara. Kenapa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki kita harus bercuti, mengapa menang pingat emas Komenwel memanah, perahu layar, menembak apa sahaja kita tidak cuti.

Menjadikan alasan bolasepak sebagai sukan No 1 negara apa lebihnya daripada disiplin sukan-sukan yang lain. Biarlah kita layan sukan-sukan yang lain secara adil dan saksama.

Apa pun inilah Malaysia dan 1Malaysia?



KPM Saran Sesi Orientasi Persekolahan 2011 Esok Diteruskan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menyarankan sesi orientasi persekolahan 2011 dan pendaftaran murid yang dijadual esok diteruskan sekalipun diisytiharkan hari cuti umum.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini berkata ini kerana kebanyakan sekolah telah melakukan persiapan awal bagi aktiviti tersebut yang diadakan sebagai persediaan sesi persekolahan 2011.

"Demi kepentingan pelajaran dan kemudahan kepada ibu bapa, kementerian menyarankan supaya aktiviti tersebut diteruskan," kata kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki di Indonesia semalam, kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga berkata kementerian berterima kasih dan menghormati serta menghargai cuti umum yang diberi Perdana Menteri sempena kejayaan tersebut.-BERNAMA

No comments: