Wednesday, June 02, 2010

Rasuah: Cegah sebelum parah

Isu rasuah adalah isu serius. Pendedahan berani serta pendedahan ke dalam tentang budaya rasuah dalam negara kita amat mengerunkan. Menurut CUEPACS iaitu kesatuan sekerja kakitangan kerajaan awam di Malaysia. Tahun 2009 sahaja terdapat 41% kakitangan awam pelbagai peringkat telah mengamalkan amalan rasuah. Kini kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.2 juta orang.
Pendedahan ini dibuat oleh Presiden CUEPACS dalam satu majlis rasmi di Temerloh Pahang.Justeru itu dengan pendedahan sedemikian rupa, nyatalah bahawa negara kita sedang berada diambang kebangkarapan moral sebelum wang negara muflis.
Islam sebagai agama yang dipegang oleh sebahagian besar kakitangan awam tidak menjadi benteng dan pertahanan kepada diri mereka. Di manakah salahnya, adakah sistem atau apa ?
Jawapan mudah, pepatah Cina menyatakan bahawa ' ikan yang busuk itu bermula daripada kepala'nya. Pernyataan ini jelas memberi gambaran kepada kita. Walaupun undang-undang Malaysia adalah antara undang-undang terhebat tetapi semuanya gagal berperanan sebagai alat pencegahan. Manusia atau kakitangan awam tidak takut kerana mereka tahu, mereka bukanlah sebagai pemain utama dalam pasukan itu tetapi pemimpin di atas yang ada itulah segala-galanya.
Oleh itu benterasan wajib bermula daripada atas kemudian ke bawah. Jika daripada bawah ia lambat. Not bottom to top ?

No comments: